LONDON 21 April - Saintis terkenal Britain, Stephen Hawking (gambar) yang terkenal dengan kajiannya mengenai lubang hitam, dikejarkan ke hospital dalam keadaan serius, kata Universiti Cambridge hari ini.
Hawking mengalami jangkitan pada paru-paru sejak beberapa minggu lalu dan menerima rawatan di Hospital Addenbrooke di bandar universiti di timur laut London ini semalam.
"Profesor Hawking sedang tenat. Dia sedang menjalani beberapa siri ujian kerana mengalami masalah kesihatan selama beberapa minggu," kata pengarah komunikasi universiti tersebut, Gregory Hayman.
Setakat tengah hari semalam, dia menyatakan bahawa keadaan Hawking semakin baik tetapi perlu dipantau semalaman di hospital.
Masalah kesihatan yang menimpa Hawking menyebabkan pakar matematik dan fizik ini terpaksa membatalkan lawatan ke Universiti Arizona State pada 6 April lalu.
Hawking, 67, masih aktif walaupun menghidapi penyakit ALS atau dikenali sebagai Lou Gehrig pada seawal usia 21 tahun.
Sejak beberapa tahun lepas, Hawking hampir lumpuh sepenuhnya dan dia hanya dapat berkomunikasi melalui alat sintesis suara yang diaktifkan dengan jari-jarinya. – AP.
Ulasan: Setiap yang hidup lambat laun akan merasakan mati. Rugilah sekiranya kita menjadi pakar terhormat dunia tetapi tidak kenal siapa Pencipta kita dan tidak mentaatinya. Hidup ini sebenarnya ada misi besar yang wajar di laksanakan. Sila semak Quran dan Hadith mengenai perkara ini. Kalau tidak kita akan sibuk dengan perkara kecil yang sudah di anggap besar oleh kita. Laksana kanak-kanak yang bermain pondok-pondok. Menangis kalau kita mengganggunya. Tapi semuanya habis bila emak panggil makan tengahari…
No comments:
Post a Comment