Thursday, April 09, 2009

Dua kakitangan pejabat hutan kena tahan

09 Apr 2009 KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan lima orang, termasuk dua kakitangan rendah Pejabat Hutan Temerloh kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM55,000, malam kelmarin. 
Pengarahnya, Sutinah Sutan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, berkata, semua suspek ditahan di sebuah hotel di pusat peranginan Genting Highlands, kira-kira jam 8 malam Selasa lalu. 
Beliau berkata, mereka yang ditahan sepasukan pegawai SPRM dari sini dan Putrajaya itu berusia antara 30 dan 49 tahun. 
“Mereka menerima suapan rasuah bertujuan supaya dua kakitangan Pejabat Hutan berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aktiviti pembalakan haram di hutan simpan sekitar Karak dan Bentong,” katanya…(BH).

Ulasan: Siapa jadi lembu kepada siapa? Sedihnya sebab selalunya orang kita yang sanggup menerima rasuah (yang haram dari sisi agama kita) daripada orang lain. Cinta dunia boleh merosakkan akhirat kita.


No comments: