KLANG 17 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai satu permainan politik pembangkang.
Perdana Menteri berkata, peletakan jawatan itu dan mengadakan pilihan raya kecil sebenarnya tidak perlu kerana usaha sepatutnya ditumpukan bagi memulih serta membangunkan ekonomi negara untuk kepentingan rakyat bukannya politik.
Beliau menegaskan, sekiranya terlalu banyak politiking dan pilihan raya kecil, ia boleh menyebabkan negara mengalami kerugian dari segi masa, tenaga, wang dan sebagainya. – Utusan.
Ulasan: Fairus telah menunjukkan contoh yang baik kepada semua ADUN dan MP bahawa apabila di ragukan kewibawaan sedikit (contohnya di siasat oleh SPRM berkaitan penyalahgunaan kuasa) dia terus meletakkan jawatan. Ini seperti apa yang berlaku di negara maju. Apa macam orang politik dari BN? Adalah lebih baik mencari pemimpin yang berakhlak dan berwibawa daripada wang negara di kaut oleh pemimpin yang tidak berwibawa dan hanya masuk politik sebab hendak melombong khazanah negara secara tidak sah.
No comments:
Post a Comment