Friday, April 10, 2009

SPR jadi tamu KPU pantau pilihan raya

JAKARTA 9 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mendapat penghormatan menjadi tetamu rakan setugasnya di Indonesia, Komisi Pemilihan Umum (KPU) untuk turut memerhati perjalanan pilihan raya umum legislatif (Pemilu) 2009 yang berlangsung hari ini 
Delegasi SPR diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang diiringi dua anggota SPR iaitu Datuk Christopher Wan Soo Kee dan Datuk Zainal Abidin Mat Said serta dua pegawai urus setia SPR.

"Hari ini kami diberi penghormatan menyaksikan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengundi di Cikeas, Bogor di Jawa Barat," kata Wan Ahmad kepada Bernama di sini. 
Selain SPR, beberapa pemerhati lain ialah Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia. 

Hubungan akrab SPR dan KPU telah berlangsung sejak lama, katanya, sambil menambah bahawa SPR juga mengundang KPU turut menyaksikan proses asas demokrasi semasa pilihan raya umum ke-12 di Malaysia.

Pada pemilihan umum ke-10 Indonesia ini, sebanyak 171 juta pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat bagi menduduki 560 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat atau parlimen Indonesia daripada lebih 11,300 calon di semua 33 provinsi. 

Rakyat Indonesia secara serentak hari ini juga memilih anggota Dewan Perwakilan Daerah, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Tingkat I dan Tingkat II daripada puluhan ribu calon yang bertanding yang mewakili 38 parti politik di peringkat nasional

Turut mengundi ialah kira-kira 800,000 rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia yang merupakan lebih separuh daripada 1.5 juta orang yang bekerja di 117 negara...

Ulasan: Eloklah SPR belajar dari negara jiran bagaimana untuk menjadikan pilihan raya BEBAS & ADIL di negara kita.

No comments: