PARTI pembangkang tidak akan mematuhi larangan tambahan polis menghalang mereka menyentuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak berhubung pembentukan kerajaan Perak oleh Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Bukit Gantang, Asmuni Awi, berkata dua isu itu akan terus disentuh sepanjang kempen kerana ia membabitkan isu nasional dan kepentingan negara.
Katanya, arahan itu juga tidak wajar kerana menyekat kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.
"Kita sudah memberikan arahan kepada penceramah kita supaya jangan risau untuk menyentuh isu nasional, asalkan mereka yang bercakap tahu batas undang-undang.
"Altantuya juga isu nasional, jadi tiada halangan untuk bercakap. Bagaimanapun mereka yang bercakap mesti bertanggungjawab atas apa yang diperkatakan," katanya pada sidang media di Markas Pas Parlimen Bukit Gantang dekat sini, semalam.
Larangan itu dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada parti yang bertanding di tiga kawasan pilihan raya kecil, iaitu Bukit Gantang di Perak, Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak…
Ulasan: Rakyat hanya menyuruhnya membersihkan dirinya dari tohmahan dunia luar sementara perbicaraan sedang berjalan sekarang. Senang saja, biar mahkamah menentukannya. Pepatah Melayu menyebut berani kerana benar.
No comments:
Post a Comment