09 Apr 2009 JAKARTA: Rakyat Indonesia mengundi hari ini bagi pilihan raya Parlimen yang bakal menentukan sama ada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mendapat cukup sokongan untuk meneruskan penggal pemerintahan lima tahun kedua dan melakukan perubahan agresif dari segi ekonomi dan institusi awam.
Parti menang boleh mengemukakan calon untuk perlumbaan presiden yang lebih penting pada Julai ini.
Jika Parti Demokrat pimpinan Susilo mendapat satu perlima kerusi daripada 560 kerusi perundangan atau 25 peratus undian beliau tidak perlu membentuk pakatan dengan parti yang dianggap kurang berminat menangani rasuah, merombak perlembagaan dan memperkemas birokrasi…(BH).
Ulasan: Selamat mengundi calon yang berakhak dan berwibawa dari semua sudut supaya negara selamat dari calon yang licik mengaut wang negara.
No comments:
Post a Comment