KUALA LUMPUR 2 April - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengingatkan umat Islam supaya tidak menyertai acara Speedzone 2009 yang disifatkan sebagai pesta arak dan maksiat yang bakal dianjurkan di Menara Kuala Lumpur (Menara KL), Sabtu ini.
Sehubungan itu, Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Asmawi Umar berkata, Jawi akan memantau acara itu dan jika ada individu Melayu yang beragama Islam berdegil menyertainya, tindakan tegas akan diambil.
"Tindakan itu termasuk denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya mengikut akta yang ada.
"Program ini bertentangan dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 di bawah Seksyen 19(1) dan Seksyen 19(2),'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Acara yang akan dianjurkan bermula pukul 6 petang hingga 3 pagi itu, jelasnya, didakwa sebagai program wajib Menara KL.
Katanya, menerusi surat berkenaan, Jawi juga mendapati acara yang dianjurkan itu merupakan acara tahunan Menara KL…
Ulasan: Kalau tiada siapa mengingatkan kita supaya tidak menyertai pesta arak dan maksiat pun memang kita tidak menyertai kerana agama kita melarang kita menyertainya. Itulah makna beragama. Mengapa pihak berkuasa DBKL atau kerajaan BN sendiri yang tidak melarang sebarang pesta arak dan maksiat di anjurkan. Betulkah kerajaan BN mahukan rakyatnya baik yang tidak terlibat dengan sebarang pesta arak dan maksiat? Atau hanya sandiwara? Kenapa kerajaan BN perlu takut mengunakan kuasa melarang bila ianya terbukti baik untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment