Tuesday, April 28, 2009

Nasihat buat YB Sivakumar

Salam to all,

Dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sejak seminggu dua berkaitan isu DUN Perak, nampaknya status 2 ADUN PKR yang meletak jawatan dan 7 ADUN Be End yang digantung telah selesai.

Ini bermakna kesemua ADUN Be End (seramai 28 orang tambah 3 yang melompat) boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadualkan pada 07.05.2009.
Bermakna sidang dewan kali ini akan menyaksikan Be End mempunyai majoriti 31 ADUN berbanding Pakatan Rakyat yang mempunyai 27 ADUN (setelah ditolak YB Speaker).
Bermakna bila dewan bersidang, dia akan jadi macam "cowboy-draw", sape tembak dulu.
Saya menjangkakan sebaik saje habis titah diraja, Speaker akan umumkan 9 ADUN Be End digantung kedudukan.

Ini akan menyebabkan Be End tinggal 22 ADUN sahaja.

Maka sudah pasti Be End akan mencari jalan untuk Speaker tidak bertindak sedemikian.

Saya tidak nampak Be End boleh halang Speaker daripada memasuki Dewan.

Tetapi sesuatu perlu dibuat untuk menghalang Speaker daripada mempengerusikan mesyuarat.

Pertama dengan cara memohon perintah Mahkamah untuk injunksi menghalang Speaker menjalankan tugas.
Kedua ialah dengan usul tergempar dibuat memecat Speaker.
Saya juga tidak akan terkejut kalau Speaker ditahan reman beberapa hari sebelum sidang berdasarkan lapuran polis yang dibuat baru-baru ini bahawa Speaker menderhaka kepada Sultan.

Jika ini berlaku, Timbalan Speaker akan mengambil alih. Dan Timbalan Speaker adalah YB Hee (ADUN Jelapang x DAP) yang sudah melompat keluar DAP dan menyokong Be End.

Apa hal pun, nasihat saya kepada YB Sivakumar..jagalah keselamatan diri baik-baik sehingga sidang dewan. Lebih elok kalau YB Siva duduk tinggal ditempat yang selamat. Saya cukup pasti unit amal & sekuriti PAS sentiasa bersedia memberi perlindungan kepada saudara 24 jam.

Apapun ingatlah YB Siva, saudara dilandasan yang betul. Undang-undang menyebelahi saudara. Lebih 50% rakyat Perak menyokong saudara. Kami ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama dengan saudara. Pertahankan suara & hak rakyat Perak..we are proud of you. You are the last bastion of the people. As Mahatma Gandhi said, "when it comes to the crux of the matter, we lawyers will always rise to the occasion". Be strong my friend. May justice prevail..God willing.

Adios.

Zulkifli Bin Noordin

Ahli Parlimen Kulim BB

Dari: http://zul4kulim.blogspot.com/

Ulasan: We hope for the best, but must be prepared for the worst. Sememangnya kita mengharapkan yang terbaik, tetapi juga bermakna kita kena bersedia menghadapi sesuatu yang lebih teruk. Maklumlah kita berdepan dengan BN/UMNO yang punya berbagai jentera yang akan boleh di gunapakai  kerana mereka memang sukakan permainan di padang yang tidak sama rata demi menghancurkan Pakatan Rakyat.

No comments: