KUALA LUMPUR 14 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan sesebuah negara dan rakyatnya adalah bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, usaha membangunkan potensi kanak-kanak sehingga mereka berjaya turut menjadi tanggungjawab kerajaan di samping peranan ibu bapa itu sendiri.
''Dalam membangunkan potensi kanak-kanak, kita sebenarnya bukan sahaja membangunkan modal insan kanak-kanak itu tetapi modal insan negara.
''Dalam melaksanakan amanah itu, kita mesti membesarkan anak-anak secara holistik, maka dengan itu mereka akan dilengkapi keupayaan ilmu dan kemahiran untuk menjadi rakyat yang produktif,'' kata beliau.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECEC) di sini malam ini…
Ulasan: Bukan setakat menjadi rakyat yang produktif tetapi yang mempastikan negara di pimpin oleh orang yang berakhlak. Janganlah hanya di lengkapkan dengan ilmu yang berbagai sewaktu kecil tetapi di hancurkan dengan maksiat yang terlalu banyak dalam negara.
No comments:
Post a Comment