KANGAR 2 April - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan memantau sekiranya ada pelajar dari institusi pengajian tinggi itu terlibat dalam perhimpunan atau kempen politik sepanjang berlangsungnya kempen pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.
Naib Canselornya, Brigadier Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, UniMAP memandang serius jika ada pelajarnya terlibat secara terus dalam mana-mana parti politik sepanjang proses pilihan raya kecil itu.
Ulasan: Di negara mana pun bila siswa tidak sensitif dengan politik negara, pastilah negara itu akan di kuasai oleh ahli politik yang tak berwibawa.
No comments:
Post a Comment