Monday, April 06, 2009

BN akan tunai janji pilihan raya

SEPANG 5 April - Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan projek yang dijanjikan semasa berkempen di tiga kawasan pilihan raya kecil kerana ia akan membawa manfaat kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"BN akan pastikan bahawa janji-janji kita akan kita tunaikan dan kita sempurnakan. Apa yang kita tidak hendak ialah projek yang bersifat 'mi segera'. 
"Kalau sesuatu projek itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan kita dah buat janji atau komitmen pada pilihan raya, kita akan tetap laksanakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan dan menyampaikan piala kepada pemenang perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas, di Litar Sepang di sini hari ini.
Tiga pilihan raya kecil, Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak esok…

Ulasan: Ertinya BN akan terus buat janji pilihan raya seperti sebelumnya. Projek pembangunan sepatutnya tidak boleh menjadi gula-gula pilihan raya kerana pembangunan negara sememangnya tugas asas yang mesti di laksanakan oleh mana-mana kerajaan dalam dunia ini. 

No comments: