Monday, April 06, 2009

Tiada pembangunan fizikal

SUNGAI PETANI 5 April - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Johari Baharum menafikan dakwaan kerajaan negeri bahawa mereka telah berjaya membawa banyak perubahan ke negeri ini sejak setahun lalu.
Menurutnya, tidak ada projek pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan pakatan pembangkang sejak mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN) tahun lalu.
''Pembangunan fizikal tidak ada, setakat ini yang saya nampak perubahan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Majlis Ketua Kampung," katanya…

Ulasan: Kerajaan BN yang menguasai peringkat persekutuan sepatutnya membantu kerajaan negeri, walaupun di terajui Pakatan Rakyat. Sudahkan kerajaan persekutuan BN membayar tanpa lambat grant daripada kerajaan persekutuan (grant yang dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri berdasarkan hitungan bilangan penduduk)?

No comments: