Thursday, April 09, 2009

Azilah, Sirul dihukum gantung sampai mati

09 Apr 2009 KL: Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. 
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 
Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini.
Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya…(BH).

Ulasan: Peringatan kepada orang yang sanggup melakukan jenayah untuk orang lain. Orang lain mungkin suka kita sebab mungkin kita hebat dan pakar. Ingatlah risikonya di dunia dan di akhirat. Bila polis di siasat oleh polis, mengapa ada soalan yang tidak terjawab? Apakah rakyat Malaysia menjadi negara yang menyimpan fail-fail X iaitu fail siasatan ada tetapi tiada siasatan di buat kerana di lakukan oleh orang BESAR atau ada hubungan dengan orang BESAR? 

Tapi apa motif wanita Mongolia itu di bunuh? Selamat mencari jawapannya…

No comments: