Thursday, April 23, 2009

Peluang BN henti politik kotor PKR

PERMATANG PAUH: Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sebagai permulaan menghentikan permainan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) meraih populariti. 
Pengerusi BN Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, berkata BN mesti menggunakan sepenuhnya peluang kali ini untuk menamatkan amalan tidak sihat itu supaya tidak berterusan. 
"Pembangkang sedang melaksanakan kempen populariti dan kita mesti menghentikannya kerana ia tidak menguntungkan sesiapa, malah membazirkan menyebabkan masa, wang dan tenaga membazir. 
"Jadi, Penanti perlu menjadi titik perubahan bagi menghentikan kegiatan ini. Biar pengundi tahu yang mana batu, kaca dan permata," katanya selepas mesyuarat BN Permatang Pauh di Bangunan Umno Permatang Pauh di Sungai Semambu, di sini malam semalam…

Ulasan: Rakyat tahu bahawa telah 51 tahun UMNO/Perikatan/BN bermain kotor dalam politik negara. Sila tanya pakcik-pakcik yang lama menyokong pembangkang (iaitu selain dari BN dan parti sekutunya) walaupun mereka miskin. Mereka boleh ceritakan betapa azabnya menyokong pembangkang padahal parti-parti pembangkang di iktiraf sah berpolitik di Malaysia. Tak lain tak bukan semata-mata untuk menceritakan permainan kotor dan kezaliman mereka bila mereka memegang kuasa.

No comments: