Monday, April 06, 2009

Keputusan tepat - Tun Abdullah

Tajuk asal: Keputusan tepat -  Abdullah
KUALA LUMPUR 5 April - Tindakan kerajaan membebaskan 13 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan satu keputusan yang baik, kata Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Malah beliau turut mengalu-alukan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengkaji semula ISA.
''Saya pasti masanya telah tiba untuk tahanan ISA berkenaan dibebaskan.
''Jadi, Perdana Menteri membebaskan mereka dan ia merupakan satu tindakan baik diambil oleh beliau. Ini merupakan keputusan yang baik,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini…

Ulasan: Kenapa PM5 menganggap tindakan membebaskan 13 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu keputusan yang baik? Kebebasan dan keadilan adalah hak asasi rakyat berdasarkan perlembagaan negara bukan hadiah mana-mana negara atau pemerintah. Kalau tidak kerana Pakatan Rakyat semakin kuat sudah tentu 13 orang itu masih berada di tahanan dan akhbar Harakah dan Suara Keadilan masih di gam.

No comments: