Monday, April 06, 2009

Pas hanya tahu cari salah BN

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
BUAT salah, tak buat pun salah. Itulah sikap Pas yang sentiasa menganggap apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak betul dan hanya mereka saja yang betul.
Jika sebelum ini mereka mengutuk tindakan kerajaan menggantung penerbitan dua akhbar, Harakah dan Suara Keadilan sebagai menyekat kebebasan media, hari ini, mereka tetap menyalahkan kerajaan apabila penggantungan itu ditarik balik malam semalam.
Sikap ‘BN sentiasa salah’ itu ditunjukkan terhadap keputusan kerajaan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting walaupun mereka sendiri memperjuangkan isu tersebut.
Bagi Pas, penarikan balik penggantungan penerbitan sementara dua akhbar berkenaan dan pembebasan 13 tahanan ISA bermotifkan politik bagi memberi imej baik kepada Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak…

Ulasan: Begitulah juga sikap yang sering di tonjolkan oleh BN/UMNO iaitu semua parti pembangkang sentiasa salah dan yang sentiasa betul ialah BN. Sebenarnya pembangkang melihat sendiri kebobrokan BN sepanjang BN memerintah. Rakyat eloklah berhati-hati memilih wakil rakyat. Pastikan yang baik dan bermaruah dari semua segi

No comments: