Monday, April 13, 2009

Iran negara kuasa nuklear

TEHERAN 12 April - Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani hari ini menyatakan kuasa-kuasa dunia perlu menerima Republik Islam Iran sebagai sebuah negara kuasa nuklear.

Beliau membuat kenyataan itu selepas lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat (AS), serta Jerman menyuarakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Iran berhubung program nuklearnya.

"Sekarang ini kumpulan 5+1 tidak mempunyai sebab untuk menghalang Iran daripada memiliki teknologi nuklear dan rundingan yang dijangka diadakan akan berasaskan hak-hak yang disebut dalam Perjanjian Pengawalan Senjata (NPT)," kata Larijani dalam ucapan di Parlimen, menurut laporan agensi berita ISNA...

Ulasan: Sekurang-kurangnya adalah juga negara Islam yang menjadi kuasa nuklear. Mana negara Islam lain? Sampai bila pemimpin-pemimpinnya sibuk menghabiskan khazanah negara untuk tembolok masing-masing daripada mewujudkan kehebatan Islam?

No comments: