Wednesday, April 01, 2009

Akupuntur, Urut Tradisional Melayu dan Perubatan Herba di Hospital Kerajaan

Tajuk asal: Khidmat urut bersalin di hospital

KUALA LUMPUR 31 Mac - Buat pertama kali di Malaysia, khidmat urut bersalin disediakan untuk ibu-ibu lepas bersalin di hospital kerajaan Putrajaya mulai Jun depan, Pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM), Kementerian Kesihatan, Dr. Ramli Abdul Ghani, mengumumkan hari ini. 

Khidmat percuma itu sekarang akan diberikan oleh tukang-tukang urut tempatan terlatih, katanya. 

Ramli berkata, khidmat itu telah dibincangkan dengan mendalam dengan pakar-pakar Bersalin dan Sakit Puan dan ia didapati bermanfaat kepada ibu-ibu lepas bersalin.

Ramli berkata, khidmat itu sebahagian daripada program T&MC yang telah bermula sejak 18 bulan lalu dan kini dijalankan di tiga hospital - di Kepala Batas, Putrajaya dan Johor Baru. 

Terdapat tiga jenis khidmat perubatan tradisional & komplementari di bawah program ini iaitu akupuntur, urut tradisional Melayu dan perubatan herba. 

Ramli berkata, program T&CM semakin popular di kalangan warga Malaysia dan perangkaan menunjukkan sejumlah 14,134 kes baru dan susulan diperiksa dan dirawat di unit-unit T&CM di tiga hospital itu. – Bernama.

Ulasan: Selamat berjaya T&CM.

No comments: