Monday, April 13, 2009

Malas membaca punca siswazah makin kurang pengetahuan

KUALA KRAI 12 April - Kebanyakan siswazah kurang pengetahuan semasa kerana mengehadkan bahan bacaan kepada buku-buku berkaitan peperiksaan sewaktu di universiti.
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Raslin Abu Bakar berkata, keadaan diburukkan lagi apabila mereka terus berhenti membaca selepas tamat pengajian dan tidak mengambil tahu perkara lain yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian termasuk kerjaya.
"Rakyat negara ini boleh membaca. Masalahnya ialah tabiat membaca tidak diamalkan selepas mereka tamat belajar lebih-lebih lagi kepada golongan yang hanya menelaah buku untuk menghadapi peperiksaan," katanya.
Raslin ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kempen Membaca PNM dan Sehari Bersama Angkasawan anjuran Institut Perguruan Kelantan, di Sekolah Kebangsaan Bahagia, Kampung Bahagia di sini hari ini...

Ulasan: Leaders are readers. Membaca bukan hanya untuk lulus peperiksaan. Jadikan membaca sebagai hobi sepanjang hidup.

No comments: