Wednesday, April 22, 2009

Musim Mengawan -- Tajaan Siapa?

oleh Nangkubai pada 12:03 AM

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. 

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. 

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, Kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing. 

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung. Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks. 

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi. “Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. 

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. “Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

Sepatutnya pihak berkuasa memahami dan sensitif terhadap gejala moral yang semakin parah yang akan mengundang Kemurkaan Allah. Bila berlaku situasi seperti ini maka pemimpin kita akan mengatakan “Kita jangan menuding jari siapa yg bersalah,sepatutnya kita sama-sama mencegahnya” inilah ayat penyelamat bagi pemimpin BN setiap kali bercakap.Tetapi siapa yang meluluskan PERMIT program maksiat ini? TV mana yang beria-ria mempromosi program ini? Ulamak mana yang diam membisu? Sudah sepatutnyalah, kita sebagai rakyat yang sensitif berhubung dengan larangan Allah ini menolak dan tidak mengangkat pemimpin yang jahil tentang Agama Allah.

Allah berfirman, maksudnya "Barangsiapa yang cenderung kepada pemimpin yang zalim (Tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah iaitu menyuruh kepada kebaikan, melarang daripada melakukan kemungkaran) kelak ia akan disambar api neraka..."

http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/2009/04/musim-mengawan-tajaan-siapa.html

Ulasan: Biasanya musim mengawan cuma di gunakan untuk BINATANG saja. Manusia yang bertamaddun di mana saja, tidak akan melakukan persetubuhan sebelum bernikah. Bila persetubuhan tanpa nikah iaitu ZINA berlaku maka manusia turun darjat macam BINATANG. Kita adalah anak HALAL, janganlah BERZINA dan jauhilah ZINA. Tapi mengapakah kerajaan BN memang membiarkan zina berlaku sewaktu pemerintahannya di negara yang indah ini?

No comments: