Monday, April 20, 2009

35 ditahan dalam operasi bersepadu khas

KUALA LUMPUR 19 April - Polis menahan 35 orang termasuk 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) hasil operasi bersepadu khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam operasi yang dijalankan bagi membendung peningkatan kadar jenayah khususnya ragut itu, sebanyak empat kes ragut telah dilaporkan.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur hari ini, selain itu, sebanyak 14 kes samun berkawan tanpa senjata api dan tujuh kes samun tanpa senjata api dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

Kenyataan itu turut memberitahu, sebanyak 239 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Pada 16 April lalu, polis melancarkan operasi bersepadu khas bagi membendung jenayah khususnya ragut di ibu negara yang dilaporkan semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mendedahkan jenayah ragut pada Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding hanya 606 kes sepanjang tempoh sama tahun lalu…

Ulasan: Kalau boleh buatlah operasi bersepadu khas setiap bulan dan operasi setiap minggu. Bila operasi di adakan terdapat banyak tangkapan kerana khabarnya TIADA RASUAH. Kalaulah boleh pegawai kerajaan tak makan rasuah, alangkah cantiknya. Tiada rasuah, tiada jenayah dan maksiat.

No comments: