KOTA KINABALU 22 April - Untuk menyaksikan himpunan ayat-ayat al-Quran berusia ratusan tahun, umat Islam di negeri ini mungkin perlu ke tanah suci Mekah atau negara Islam lain yang memiliki naskhah berkenaan.
Hakikat yang perlu diakui, tidak ramai umat Islam di negeri ini memiliki koleksi ayat-ayat suci berkenaan, apatah lagi jika melibatkan koleksi yang ditulis oleh ulama-ulama terkenal dari seluruh pelosok dunia.
Selain faktor usia, himpunan ayat-ayat lama itu menjadi lebih bernilai kerana keunikan seni khat yang menjadi asas kepada penulisan sesebuah naskhah itu.
Khat kufi, nasakh, thuluth, riqa'ah, diwani dan farisi adalah antara seni khat surih yang terkenal dan ia masih dikagumi serta memukau pencinta-pencinta seni Islam sehingga ke hari ini.
Menyedari adalah mustahil bagi umat Islam di negeri ini mencari dan menyaksikan keunikan naskhah-naskhah al-Quran berkenaan, Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS) telah mengambil langkah proaktif dengan membawa bahan bersejarah berkenaan untuk dipamerkan di negeri ini…
Ulasan: Rasulullah s.a.w. adalah contoh ikutan kita. Dan akhlak Rasulullah s.a.w. ialah Quran. Oleh itu, jadikan Quran sebagai akhlak kita.
No comments:
Post a Comment