LONDON 2 April - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak G20 berkata, beliau berhasrat untuk menyampaikan ucapan pada sidang kemuncak itu dalam Bahasa Indonesia.
Agensi berita Antara melaporkan bahawa Yudhoyono telah memberitahu wartawan di Hotel JW Marriott bahawa beliau ingin berucap dalam Bahasa Indonesia kerana pemimpin negara lain yang menghadiri sidang kemuncak itu yang diadakan di bandar raya ini turut menggunakan bahasa ibunda mereka ketika menyampaikan ucapan.
Menurut Yudhoyono, Canselor German, Angela Merkel, Presiden Perancis, Nikolas Sarcozy, Presiden Brazil, Lula da Silva, Presiden China, Hu Jintao dan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak kesemuanya menggunakan bahasa ibunda mereka ketika berucap pada Sidang Kemuncak G20 itu…
Ulasan: Merdeka bermula dari dalam diri kita. Bila kita mengutamakan bahasa penjajah maka ada sesuatu yang tidak kena pada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment