KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam menegaskan, Raja berada di atas politik dan tidak boleh berdebat secara terbuka bagi menjawab serta memberi penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kumpulan politik tertentu.
Bagaimanapun, titah baginda, tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi Raja dengan menyemai rasa benci rakyat umpama 'menyalakan api dalam sekam'' yang amat berbahaya serta boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.
Bertitah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah, semalam, Sultan Azlan Shah kesal dengan perbuatan kuasa politik mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian…
Ulasan: Semuanya bermula bila kerajaan BN cuba merampas kerajaan yang prihatin rakyat… Rupa-rupanya tak semudah di sangkakan. Krisis perlembagaan masih berterusan. Satu-satu negeri yang berbeza dalam dunia kini: Negeri Perak kini punya 2 Menteri Besar dan Exco. Yang asal di pilih rakyat melalui pilihan raya umum, yang baru melalui RAMPASAN KUASA (coup d"etat) oleh UMNO/BN pada 5 Februari 2009. Salah siapa?
No comments:
Post a Comment