Wednesday, April 15, 2009

Penguat kuasa diminta lebih serius, tegas laksana peraturan

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak membidas sikap agensi penguat kuasa sering menuding jari kepada syarikat pengangkutan awam dan pemandu apabila berlaku kemalangan maut seperti kes terbaru membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang mengorbankan enam orang di Bukit Beruntung, Rawang, kelmarin. 
Menurut mereka, setiap kali berlaku kes sedemikian, akan timbul kenyataan mengenai syarikat pengangkutan atau pemandu mempunyai saman atau waran tangkap sedangkan agensi penguat kuasa sepatutnya sudah mengambil tindakan awal yang boleh mencegah tragedi seperti itu. 
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, berkata pengusaha atau syarikat bas ekspres sentiasa memeriksa rekod dan latar belakang individu sebelum mengambil bekerja tetapi masalah dihadapi ialah rekod itu tidak dikemaskini…
&
LPKP pernah tegur firma bas kes nahas 
KUALA LUMPUR 14/4/09: Syarikat bas ekspres yang terbabit dalam nahas mengorbankan enam orang di Kilometer 443 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung awal pagi kelmarin, pernah ditegur Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) kerana tidak menyediakan kursus peningkatan kecekapan pemandunya. 
Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, berkata teguran itu dibuat ketika pegawainya mengadakan lawatan audit pada 12 November 2007. 
"LPKP juga tidak berpuas hati dengan pengambilan pemandu secara 'walk-in' oleh syarikat itu tanpa menyemak latar belakang dan rekod pemandu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, jika terbukti syarikat itu gagal melaksanakan prosedur pengurusan dengan baik, mereka akan diberi notis 14 hari untuk memberi maklum balas dan jika tidak memuaskan, semua permit akan dibatal," katanya…

Ulasan: Bila ada masalah kemalangan yang membabitkan kematian ramai penumpang, inilah yang berlaku tak habis-habis. Rakyat menjadi mangsa. Tangan yang memberi dan menerima rasuah menjadi penyebab undang-undang tak dapat di kuatkuasakan. Katakan TIDAK kepada RASUAH.

No comments: