Friday, April 17, 2009

Trend pinjam wang ah long membimbangkan

KUALA LUMPUR 16 April - Trend meminjam wang daripada ah long terus menunjukkan peningkatan yang membimbangkan apabila 105 kes mangsa diburu ah long dilaporkan kepada Biro Pengaduan Awam MCA sejak awal bulan Mac lalu sehingga hari ini.
Nilai hutang mangsa juga agak mengejutkan iaitu hampir RM6 juta.
Daripada jumlah kes itu, 67 daripadanya dilaporkan sepanjang Mac lalu dengan nilai hutang berjumlah RM2.9 juta manakala 38 kes melibatkan hutang bernilai RM3 juta diterima biro itu sehingga pertengahan bulan ini.
Perkembangan itu ternyata menggusarkan ketua biro tersebut, Datuk Michael Chong yang sebelum ini sering menasihati orang ramai supaya mengelak meminjam wang daripada ah long.

"Berdasarkan jumlah laporan yang diterima, 80 peratus mangsa mengakui mereka meminjam kerana tabiat berjudi dan faktor-faktor lain termasuk meminjam untuk berniaga," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini semalam.

Semalam sahaja, Michael menyaksikan lapan keluarga mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan ahli keluarga masing-masing yang berhutang keliling pinggang selepas diburu oleh ah long.

Enam daripadanya melibatkan hubungan ibu bapa dan anak sementara dua lagi adalah hubungan suami isteri.

Walaupun keputusan itu tidak sepatutnya berlaku, kesemua lapan keluarga itu terdesak dan tidak mempunyai pilihan lain kerana mereka pula menjadi sasaran ah long berikutan kegagalan ahli keluarga mereka melangsaikan hutang…

Ulasan: Bersederhana dalam hidup kita atau hidup dengan apa yang ada. Jangan biasakan berhutang. Jangan berjudi.

No comments: