LUBOK ANTU 5 April - Pakatan Rakyat (PR) tidak tulen dan ia dapat dibuktikan dengan penggunaan lambang parti yang berbeza setiap kali pilihan raya diadakan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di sini hari ini.
Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang kekal dengan lambang dacing setiap kali calonnya bertanding dalam pilihan raya.
"Kita dapat buktikan Pakatan Rakyat (PR) tidak bersatu hati kerana mengguna lambang masing-masing untuk calon yang bertanding dan tidak seperti BN," katanya ketika berucap pada sesi perjumpaan dengan penduduk di Dewan Madrasah Kampung Melayu, di sini.
Beliau berkata, BN mempunyai 14 parti komponen dan semua parti ini sepakat menggunakan lambang dacing tanpa sebarang perasaan curiga.
Katanya, PR membabitkan PKR, DAP dan Pas tidak akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana dari awal lagi mereka tidak bersatu hati…
Ulasan: Bila pembangkang bersatu merupakan mimpi ngeri parti BN. Tetapi kini banyak isu yang telah menyatukan pembangkang (kini sudah di kenali dengan Pakatan Rakyat) yang menyebabkan BN semakin merasa terancam dan merasa perjuangannya lambat-laun akan menjadi tidak relevan. Isu-isu itu ialah keadilan, kebebasan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kemiskinan. Ada lagi?
No comments:
Post a Comment