AKADEMI Fantasia (AF) bukan program terbaru kerana sudah tujuh tahun menjadi program tetap di Astro Ria sehingga pernah mencetuskan fenomena.
Peminat program itu dari musim pertama hingga terkini tentu sudah arif dengan selok belok dan hala tujunya yang bertujuan mencari seorang penghibur. Namun apa yang berlaku minggu lalu, Astro Ria seakan-akan cuba mengelirukan penonton setianya apabila menegaskan matlamat asal program berkenaan yang sebenarnya tidak perlu untuk diperjelaskan lagi.
Ketika konsert minggu AF ketujuh minggu lalu, tenaga pengajar bangun dan mencelah untuk menjelaskan dengan lebih terperinci matlamat program itu sebaik saja dua pengkritik tetap Adlin Aman Ramlie dan Edrie Hashim dan dua pengkritik undangan yang bukan calang-calang orang dalam dunia nyanyian iaitu Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza selesai menjalankan tugasan mereka.
Tindakan dua tenaga pengajarnya yang bangun dan memberi penerangan kepada penonton serta pengkritik ketika konsert berlangsung dilihat sebagai satu tindakan yang kurang wajar…(BH, 15/4/09).
Ulasan: Bermacam-macam jenama mutakhir di cipta untuk menarik anak muda kita. Hujungnya menjadi penghibur. Demikianlah orang kita mengajar anak muda kita menjadi penghibur masa depan. Demi semata-mata mengejar kilauan dunia. Cukuplah dengan sejarah hitam kita. Kita tak perlu memberi tip untuk berjaya sebagai penghibur. Apakah hukum agama yang ada? Paling baik penghibur (spesifiknya penyanyi atau aktres) merupakan kerjaya yang kabur (mutasyabihat) yang hampir-hampir haram. Eloklah pilih kerjaya lain yang jelas halal lagi baik. Apakah kita tak sayang kepada anak-anak muda kita?
No comments:
Post a Comment