Monday, May 31, 2010

16 maut komando Zionis serang kapal bantuan ke Palestin

BAITULMAQDIS 31 Mei – Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, sebagai tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin.

Saluran televisyen Channel 10 di Israel melaporkan, enam buah kapal dalam konvoi diketuai sebuah kapal Turki dengan 600 aktivis itu belayar ke Gaza melalui perairan antarabangsa Cyprus semalam. – Reuters.

Ulasan: Darahmu gugur akan menjadi bahan bakar untuk kami meneruskan perjuangan membebaskan bumi Al-Aqsa. Insya Allah.


Freedom Flotilla to Gaza :3 Dead, 30 Injured

31st May 10 at 03:28
Gaza TV News: Gaza TV's phlog
Flotilla has been attacked by Israeli forces. 3 dead, and 30 injure. Short URL: http://ipad.io/KID

The Palestinians are HUMAN too. Gaza: End the blockade. GAZA: HALTE AU BLOCUS.

Berhenti merokok sebelum terlambat : Diri menderita, syarikat rokok untung//

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

REMAJA mudah terpengaruh dengan gejala ini apabila diajak oleh rakan-rakan. Selain itu, pembungkusan serta perisa rokok yang dikatakan semakin menarik turut menjadi faktor utama. 

MOHD YUSUF, 59 mula merokok sejak berumur 14 tahun. Dua tahun lalu, enam hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya ternyata mengubah kehidupannya. Akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) kerana tabiat merokok, Mohd Yusuf menjalani kehidupan yang sukar. 

Sejak remaja, purata rokok yang dihisap sehari ialah 15 batang. Ketika hanya keseronokan yang dirasainya. Sepanjang itu, pernah juga dia merasa sakit dada dan batuk tetapi Mohd Yusuf menganggapnya sakit biasa. Tak pernah kenal apa itu COPD, Mohd Yusuf seronok merokok. 19 hari berada di wad hospital tanpa rokok memberi galakan kepada dirinya untuk berhenti merokok. Walaupun sebelum ini harga rokok pernah ditingkatkan dan larangan anti merokok diperluaskan, Mohd Yusuf tidak pernah mahu berhenti merokok. Malah, hidupnya dirasakan tidak sempurna tanpa rokok. Itu kisah sepanjang 40 tahun dia merokok. Namun, ketika disahkan COPD, dia mula sedar tatkala mengenangkan nasib isteri dan sembilan orang anaknya. Nasihatnya kepada perokok lain, kesedaran datang dari dalam diri sendiri jika hendak berhenti merokok. Kepada remaja sama ada lelaki atau wanita, sebaiknya jangan cuba merokok. Apabila sudah gian, sukar untuk menghentikan tabiat ini. 

Ini adalah kisah bekas perokok yang mula merokok sejak remaja lagi. Senario ini ternyata membimbangkan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi remaja wanita yang merokok telah menunjukkan peningkatan. Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Mohd Zain, walaupun data terkini menunjukkan perokok lelaki menurun tetapi perokok wanita meningkat. Ia juga berlaku di kalangan perokok bawah umur. Data menunjukkan peningkatan perokok wanita bawah umur pada tahun 2003 ialah 4.2 peratus dan ia telah meningkat pada tahun lalu. Sebaliknya, jumlah perokok lelaki bawah umur sebanyak 36.3 peratus telah menurun pada tahun lepas.

Laporan baru-baru ini menunjukkan terdapat tiga juta perokok di Malaysia dengan 0.2 juta daripadanya di bawah umur. 

Daripada data itu, peningkatan jumlah perokok bawah umur sejak beberapa tahun kebelakangan ini sangat membimbangkan.

"Tabiat merokok juga sudah menyerang anak gadis di negara ini kerana mereka sangat mudah untuk melihat golongan wanita merokok di kawasan awam. Tidak terkecuali golongan wanita di lapangan profesional," ujarnya.

Di Malaysia, jumlah perokok wanita juga semakin ketara. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.5 peratus wanita pernah merokok, 1.6 peratus masih merokok dan 0.9 peratus berjaya berhenti merokok. Di kalangan lelaki, 57.6 peratus pernah merokok, 46.4 peratus masih merokok, manakala 11 peratus berjaya berhenti merokok. 

Sejak 1998, semakin banyak negara bertegas dalam menangani perokok. Banyak negara sudah mensyaratkan semua rokok di pasaran mesti dibungkus dengan grafik komplikasi merokok, misalnya barah paru-paru dan keguguran janin. 

Di Malaysia, sejak 1 Jun 2009, semua kotak rokok di pasaran mesti mempunyai 40 peratus amaran bergambar di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang kotak. 

Hasilnya menurut Dr Zarihah, daripada kajian yang dibuat, kebanyakan perokok berasa terancam dari segi psikologi dengan kotak rokok beramaran. Daripada enam amaran bergambar (barah paru-paru, keguguran janin, kelahiran pramatang, barah mulut, barah tengkuk dan gangrene) perokok lebih memilih rokok dengan gambar beramaran 'cap kaki' (gangrene). 

Namun, ia masih kurang mendapat sambutan.

Lebih-lebih lagi perokok di bawah umur khususnya pelajar kini mendapat wang poket yang mewah. 

Selain itu, pelbagai perisa rokok turut menggalakkan orang ramai membeli rokok. Tanpa disedari ia sebenarnya menjadi tarikan perokok wanita.

Beliau berkata wanita di seluruh dunia menjadi ketagih kepada rokok kerana kebanyakan mereka mudah percaya dengan dakwaan iklan-iklan itu yang mendakwa kononnya amalan merokok boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.

"Ada sesetengah iklan mendakwa dengan merokok wanita boleh mengurangkan berat badan dengan mudah, dan sesetengah kaum wanita pula tertarik dengan pembalut rokok itu sendiri. Situasi ini lebih mudah berlaku di kalangan remaja," katanya.

Gejala merokok perlu ditangani bukan saja di kalangan pelajar wanita, malah merangkumi semua peringkat umur. Dalam membanteras tabiat merokok ini, pendidikan perlu diberi perhatian serius ketika di rumah dan sekolah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memantau setiap pergerakan dan aktiviti anak mereka supaya tidak terjebak di dalam aktiviti yang tidak sihat ini. 

"Usaha ini tidak akan berjaya jika tiada sokongan padu daripada semua pihak dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan cemerlang pada masa akan datang. Ibu bapa misalnya, perlu kenal raka-rakan anak-anak mereka." katanya.

Kenapa remaja merokok?

1) Diri sendiri. 

Rokok dikatakan identiti bagi seorang pelajar yang ingin dikenali sebagi seorang yang macho dan bergaya. Apakah ia benar? Sebenarnya remaja merupakan masa krisis identiti berlaku. Pada ketika ini mereka tercari-cari gaya yang sesuai dengan diri. bagi pelajar lelaki, rokok seperti satu kemestian. Manakala wanita juga sudah mengikut trend ini. Lebih-lebih lagi ramai golongan wanita bekerja yang mula terlibat dengan aktiviti merokok. Ibarat prestij diri, remaja wanita gemar melihat gaya mereka. Mereka juga percaya rokok boleh mengurangkan berat badan seperti seorang model.

Remaja juga percaya rokok dapat menghilangkan tekanan. Sebenarnya tidak, ia sebenarnya menambah gian pelajar untuk mencubanya lagi. 

Golongan ini juga tidak perlu risau kerana poket sentiasa berisi duit. Hasilnya, mereka mudah mendapatkan rokok kerana ia dijual di mana-mana sahaja tanpa mengira amaran KKM yang melarang rokok dijual kepada golongan bawah umur.

2) Pengaruh rakan-rakan sebaya.

Faktor ini dikatakan yang paling banyak mempengaruhi remaja. Tanpa mengabaikan kesan rokok apabila meningkat dewasa, mereka seronok merokok bersama rakan-rakan. Ada juga yang didesak atau dicabar. Jika tidak melakukannya, mereka berasa malu kerana dikutuk.

3) Faktor keluarga.

Keluarga yang mempunyai masalah seperti kemiskinan atau penceraian sering menjadi faktor remaja merokok. Remaja percaya tabiat ini boleh melegakan mereka. Ada yang lebih berani, cuba mengambil dadah. Seperti dadah, mereka juga akan ketagih rokok. Bagi yang tidak berduit, remaja mula terlibat dengan gejala tidak sihat seperti lumba haram, mencuri atau meragut.

4) Persekitaran

Iklan dan penjualan rokok secara berleluasa turut mempengaruhi situasi ini. Seharusnya, semua premis perniagaan mematuhi undang-undang agar tidak menjual rokok kepada mereka yang di bawah umur.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Waspada Jaringan Islam Liberal

BESUT 30 Mei – Umat Islam di negara ini diminta lebih berwaspada dengan gerakan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang boleh mengancam pendekatan sederhana yang diamalkan selama ini.

Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin berkata, gerakan itu yang sudah bertapak dan berkembang di beberapa negara telah membawa banyak masalah kepada orang Islam…

Ulasan: Padahal pengajaran dari Surah Al-Kafirun sepatutnya menjadi pegangan kita sampai bila-bila iaitu tidak ada toleransi dalam beragama Islam. Tetapi tiada paksaan untuk masuk Islam. Mengapa sibuk mencari hujah di luar nas Islam.

Kampung Baru: Kuota 40% tinggi...saja?

KUALA LUMPUR 30 Mei - Kerajaan perlu mengkaji semula pemberian kuota 40 peratus kepada orang bukan Melayu untuk memiliki hartanah di Kampung Baru menerusi Pelan Cadangan Konsep dan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan kawasan tersebut…

Ulasan: Hujungnya seperti biasa, pemimpin UMNO tidak akan mempertahankan kuota Melayu. Kalau sikap UMNO dari dahulu ialah mempertahankan hak orang Melayu, tak kita jadi begini. Sewaktu memegang kuasa pun mereka akan jual apa saja asal jadi duit.

Forum akademik bukan tempat menghentam

KUALA LUMPUR 30 Mei - Forum ilmiah atau akademik tidak seharusnya dijadikan tempat untuk menghentam atau menghina individu tertentu kerana ia bertentangan dengan etika dan matlamat forum tersebut.

Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perbincangan akademik memang bebas membincangkan apa sahaja tetapi harus melalui prosedur yang betul.

"Pada pandangan saya, mereka berhak untuk membincangkan buku karya Barry Wain tersebut bagi mengkaji ideologi, dasar-dasar dan cara pengurusan sesebuah negara kerana perbincangan ilmiah tidak memihak kepada sesiapa.

"Tetapi perbincangan tersebut perlu beretika dan membincangkan sesuatu yang membina. Perbincangan seperti ini dilakukan oleh semua universiti di dunia ini bagi mengkaji sesuatu bahan," katanya.

Beliau mengulas mengenai forum anjuran Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) Universiti Malaya (UM) bagi membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain…

Ulasan: Carilah kebenaran.

Thursday, May 27, 2010

KTMB LAND DEAL – WHY THE HASTE?

The speed at which PM Najib concluded a deal with his Singapore counterpart over the proposed relocation of KTMB's train terminal at Tanjung Pagar to Woodlands is baffling. Once again, Malaysia have lost a historical landmark that has been ours since the colonial days, just by a stroke of a pen. Earlier it was the RMAF Sg. Besi airbase, and a few months ago, it was Pulau Batu Putih. What else is going for sale or lost, is any one's guess.

I do not know what all it takes for PM Najib to strike such a hasty deal with his Singapore counterpart. But as an ordinary citizen, I am terribly concern that this all important issue, i.e. the question of the nation's sovereignty is given a backseat. Nations go to war over their rights to retain land, and in the example of KTMB land deal, it seems a cup of tea was all it takes to conclude an agreement. Malaysians are totally ignorant as to how the deal was made, and by saying that Khazanah owns 60% of the deal in the future development of KTMB land is not enough to satisfy every right thinking Malaysians. The least PM Najib could have done was to raise this issue in Parliament.

Former PM Tun Dr. Mahathir had once remarked that it is not easy to negotiate and to strike a deal with the Singapore government, that is to our advantage. But in the case of PM Najib, it wasn't that difficult at all. What is so lacking in Tun Dr. Mahathir that he had so often failed in his dealings with his Singapore counterpart. And what is so obviously easy for PM Najib to appease his counterpart to accept an agreement, that has for years been kept in abeyance.

I know for sure that officials of the Singapore government are not dumb and stupid. They are the best crop of the nation, and it is not so easy to hoodwink them. They do not have people like Bung Mukhtar, or for that matter, the likes of Nazri Aziz as lawmakers. Each an everyone of them are scholars, and I think PM Najib knows this. 

My only hope is that PM Najib does not get hoodwink by his Singapore counterpart in this KTMB land deal, and that the agreement reached is in the best interest for both Malaysia and Singapore.

CRUSADE AGAINST CORRUPTION 

Posted by ArshadRaji at 3:06 PM

http://mindnoevil.blogspot.com/2010/05/ktmb-land-deal-why-haste.html

Ulasan: Mesti ada sebab mengapa kalut sangat. Tempoh pegangan hak itu lambat lagi habis. Hoping for the best that BN/UMNO will lose in the coming General Election forever. Cukuplah melayani kerajaan yang tidak telus, tidak adil dan gemarkan rasuah.

Implikasi Persetujuan Najib - PM Singapura

Implikasi Persetujuan Mohd Najib-Lee Shien Loong 
A Kadir Jasin

DARIPADA laporan media massa mengenai persetujuan antara Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Shien Loong, fakta berikut boleh dikesan.

1. Singapura tidak berhasrat menyambung Perjanjian Air 1961 dan akan menyerahkan loji pembersihan di Johor kepada negeri itu apabila perjanjian tamat;

2. Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura, bermula dengan stesen Tanjong Pasar, akan dimajukan;

3. Pemajunya adalah M&S Private Ltd. Khazanah Nasional Berhad pegang 60 peratus saham dan Temasek 40 peratus;

4. Stesen KTM Tanjong Pagar akan ditutup dan stesen Woodlands jadi stesen terakhir. Menjelang 2018, stesen Woodlands mungkin ditutup. Johor Baru jadi stesen terakhir KTM di sebelah selatan;

5. Persetujuan Mohd Najib-Shien Loong selaras dengan perjanjian “Malaysia-Singapore Points of Agreement (POA), 1990;

6. POA ditandatangani oleh PM Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew dan Menteri Kewangan Malaysia waktu itu, Daim Zainuddin, pada 27 November 1990;

7. Di bawah perjanjian itu, KTM akan kosongkan stesen Tanjong Pagar dan berpindah ke Bukit Timah. Tanah KTM antara Bukit Timah dan Tanjong Pagar akan kembali kepada Singapura;

8. Tanah Tanjong Pagar akan diserahkan kepada sebuah syarikat sendirian berhad untuk dimajukan dengan pembahagian saham 60 peratus untuk Malaysia dan 40 peratus untuk Singapura;

9. Fakta sejarah – tanah KTM seluas 217 hektar dan merentasi 20 hingga 30 kilometer ke dalam wilayah Singapura diperoleh di bawah ordinan penjajah Inggeris pada tahun 1918 yang secara khusus menyebut bahawa tanah itu adalah untuk kegunaan KTM) bagi tempoh masa 999 tahun;

10. POA tidak dilaksanakan dengan serta-merta kerana Malaysia bimbang ia terpaksa (atau dipaksa) menyerahkan kawalan ke atas sebahagian atau semua tanah KTM itu kepada Singapura;

11. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib tidak merasi kebimbangan yang sama apabila bersetuju melaksanakan pembangunan semula stesen Tanjong Pagar atas dasar 60 peratus Malaysia dan 60 peratus Singapura itu?

12. Adakah tanah KTM itu akan berpindah hak milik kepada Singapura dan kemudiannya diserahkan kepada syarikat usaha sama Khazanah-Temasek untuk dimajukan?

13. Perlu juga ditanya dan dijawab sama ada pembangunan semula stesen Tanjong Pagar itu akan memperbaiki atau memburukkan daya tarikan serta daya saing Iskandar Malaysia yang juga ditujukan kepada pelabur dan pembeli Singapura?;

14. Apakah pembabitan Khazanah dalam projek raksasa Tanjong Pagar itu tidak akan menyebabkan pengaliran keluar pelaburan terus (FDI) dari Malaysia ke Singapura? dan

15. Apakah Khazanah akan meminjam daripada pasaran kewangan Singapura untuk membiayai penyertaannya dalam projek itu?

Perlu disebutkan iaitu sejak 2006, lebih banyak pelaburan langsung Malaysia mengalir ke Singapura daripada FDI Singapura masuk ke Malaysia.

Kita harap pihak berkuasa akan memberi jawapan kepada kemusykilan kita ini kerana kita tidak mahu sejarah lama berulang kembali di mana kepentingan kita tidak dilindungi sepenuhnya.

Berita buruk Pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan dua blok padang minyak kepada Brunei tahun lalu dan pembatalan Projek Jambatan Bengkok pada tahun 2004 masih menghantui kita.

Memandangkan sensitiviti perhubungan dua negara, adalah keterlaluan kalau kita mengharapkan kemajuan yang lebih besar. Namun kita tidak boleh mengenepikan begitu sahaja isu-isu tertangguh yang lain seperti simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) dan hak Malaysia membina semula Tambak Johor di wilayahnya.

http://kadirjasin.blogspot.com/2010/05/implikasi-persetujuan-mohd-najib-lee.html

Ulasan: Siapa yang nanti dapat pingat tertinggi dari kerajaan Singapura kerana senang berkira mengalahkan PM2 yang sebelum ini? 

Ratu Pelancongan Benua?

MIRI 26 Mei – Bandar raya ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah pertandingan akhir Ratu Pelancongan Antara Benua (RPAB) 2010 yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri, Khamis lalu.

Seramai 33 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang bermula dari 6 Mei hingga 20 Mei sempena ulang tahun kelima bandar raya ini yang disambut setiap 20 Mei.

Antara peserta yang mengambil bahagian ialah dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Mexico, Venezuela, Brazil, Jerman, Afrika Selatan, Panama, Rusia, Korea Selatan, Belanda, Jepun, Thailand, Filipina, Greece, Latvia, India, Singapura, Tunisia, Pakistan, Macau, Lubnan dan Malaysia sendiri…

Ulasan: Wanita bukan binatang untuk di pertandingkan. Mana maruah kami?

Jambatan gantung usang ancam nyawa

KUALA LIPIS 26 Mei – Lebih 450 penduduk Kampung Beriang dan Kampung Pamah Aur dekat sini menggadai nyawa setiap hari kerana terpaksa melalui jambatan gantung yang menghubungkan kedua-dua kampung itu yang kian usang dan rosak teruk sejak lima bulan lalu.

Jambatan gantung yang dibina lebih 30 tahun lalu itu menjadi nadi kepada penduduk kedua-dua kampung untuk berulang alik sama ada bagi mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan aktiviti harian lain…

Ulasan: Berlaku di negeri PM dan negeri yang di perintah oleh UMNO sejak merdeka. Terbukti rakyat diutamakan hanya laungan semata-mata. Jom sokong Pakatan Rakyat yang lebih prihatin kepada rakyat.

MILF singkir komander radikal?

MANILA 26 Mei - Kumpulan pejuang Islam terbesar Filipina menyingkirkan seorang komandernya yang dipersalahkan kerajaan kerana dituduh mencetuskan peningkatan siri keganasan pada 2008 dan menyatakan ia bersedia mengadakan rundingan damai dengan kerajaan baru.

Jika satu penyelesaian dapat dicapai dan dikekalkan berhubung konflik yang berlaku, ia mampu menamatkan risiko pelaburan yang sudah membelenggu Filipina sekian lama dan berpotensi menarik pelaburan untuk mencari gali minyak pesisir pantainya, simpanan gas serta lombong yang belum diusahakan di kepulauan selatan.

Ketua perunding keamanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohaqher Iqbal berkata, komander radikal, Ustaz Ameril Ombra Kato dari pangkalan ke-105 MILF, sudah digantikan dengan pegawai lebih sederhana iaitu Zacaria Goma. Ameril kini sedang disiasat.

"Ameril tidak lagi mempunyai hubungan dengan pasukan ketenteraan kami.

"Penyingkiran itu adalah sebahagian daripada penyusunan semula kami untuk menjadikan pasukan ini lebih berkeyakinan dan memberi permulaan yang baru untuk mengadakan rundingan damai di bawah kerajaan selepas ini.

"Kami hanya mahu menunjukkan kami amat serius dalam meneruskan keamanan," katanya kepada Reuters…

Ulasan: Berhati-hati kerana memang sikap musuh suka memecahbelahkan kekuatan kita.

Suasana tegang di Semenanjung Korea

SEOUL 26 Mei - Korea Utara hari ini mengancam untuk menyekat laluan merentasi sempadan dan meletupkan mana-mana pembesar suara Korea Selatan yang melaungkan propaganda selepas enam tahun, ketika ketegangan meningkat berhubung isu kapal perang Korea Selatan yang karam.

Kemerosotan dramatik ini berlaku ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton melawat Seoul hari ini dalam siri terakhir lawatan ke tiga negara Asia yang didominasi insiden 26 Mac itu yang dipersalahkan ke atas serangan torpedo Korea Utara.

"Ini adalah provokasi Korea Utara yang tidak boleh diterima dan masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk bertindak balas," kata Clinton kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Selatan.

Ulasan: Kalau kedua2 Korea bersatu menghalau AS adalah lebih baik dari berperang sesama sendiri.

Hizbullah ikrar serang Israel jika disekat

BEIRUT 26 Mei - Pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah memberi amaran pihaknya akan menyerang kapal Israel di Laut Mediterranean sekiranya negara Yahudi itu mengenakan sekatan laut ke atas Lebanon jika berperang lagi di masa depan.

Beliau berkata, kumpulan pejuang pimpinannya yang mendapat sokongan Iran itu kini mempunyai kemampuan untuk memusnahkan sebarang kapal tentera atau komersial yang belayar ke pelabuhan Israel.

Hizbullah dan Israel berperang selama 34 hari pada 2006 yang mana Israel mengenakan embargo laut dan udara ke atas Lebanon, atas alasan untuk mencegah gerila daripada dibekalkan dengan senjata.

Nasrallah semalam berkata, Hizbullah kini mampu memudaratkan Israel seperti mana yang dilakukannya terhadap Lebanon pada perang 2006.

"Dalam perang akan datang, jika kamu (Israel) menyekat pantai dan pelabuhan kami, semua kapal tentera, awam dan komersial yang menuju ke Palestin di sepanjang Mediterranean akan berada di bawah serangan roket Hizbullah," tegasnya lagi.

Berucap kepada penyokong melalui sidang video dalam perarakan besar sempena genap sedekad tentera Israel berundur dari sempadan di selatan Lebanon, Nasrallah mengulangi ancaman kumpulannya akan melancarkan roket ke atas lapangan terbang Tel Aviv dan beberapa sasaran strategik lain jika Israel menyerang infrastruktur Lebanon seperti yang dilakukan pada 2006.

"Apabila dunia melihat bagaimana kapal-kapal ini musnah dalam kawasan perairan Palestin yang dijajah, tiada siapa akan berani ke sana lagi," tambah beliau.

Dalam pertempuran empat tahun lalu, Hizbullah melancarkan kira-kira 4,000 roket ke arah Israel yang dibalas tentera Yahudi dengan memusnahkan kubu kumpulan itu di selatan dan timur serta pangkalannya di bandar Dahiyeh, di selatan Beirut.

Perang itu meragut kira-kira 1,200 nyawa di Lebanon dan 160 orang di Israel. – AP

Ulasan: Lebih mulia menjadi orang yang berjiwa merdeka.

Angkasa tubuh bank beroperasi tahun depan

KOTA BHARU 26 Mei - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan menubuhkan sebuah bank koperasi di negara ini yang dijangka dapat beroperasi pada April tahun depan. 

Naib Yang Dipertua Angkasa, Armi Zainudin berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan itu kepada menteri yang berkenaan. 

"Sekarang ini sudah ada dua bank yang bekerjasama dengan Angkasa iaitu Bank Rakyat dan Bank Persatuan. 

"Bagaimanapun bank yang akan ditubuhkan itu berbeza dengan kedua-dua bank sedia ada kerana ia lebih tertumpu pada perkhidmatan untuk koperasi-koperasi sahaja,'' katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kepenggunaan Dalam Koperasi di sini hari ini…

Ulasan: Bank baru itu diharapkan yang tidak mengamalkan riba. Cukup sudah rakyat bergelumang dengan dosa riba.

Penerima biasiswa 1MDB berazam lulus cemerlang

PUTRAJAYA 26 Mei - Para pelajar aliran agama yang menerima biasiswa Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berazam membalas jasa kerajaan dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian perubatan masing-masing.

Sebagai kumpulan pertama yang menerima biasiswa tersebut, mereka amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membantu merealisasikan hasrat untuk bergelar doktor.

Sakinah Abdullah Fadzil, 18, dari Terengganu yang bakal melanjutkan pengajian di University of Tanta, Mesir berkata, dia berasa amat bertuah kerana turut tersenarai bersama 16 lagi pelajar pertama yang dianugerahkan biasiswa tersebut.

''Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang supaya biasiswa yang diterima ini berbaloi kepada kerajaan.

''Saya mahu balas jasa kerajaan kerana membantu kami meneruskan pengajian di luar negara dalam bidang perubatan, semua ini benar-benar menyuntik semangat saya," katanya ketika ditemui selepas menerima surat tawaran biasiswa 1MDB dari Perdana Menteri di sini hari ini…

Ulasan: Balik nanti ayuh bersama2 kita wujudkan kerajaan baru yang adil, telus dan tak mengamalkan rasuah.

Subsidi hanya untuk yang perlu

Pak Lah: Subsidi hanya untuk yang perlu

KUALA LUMPUR 26 Mei - Prinsip asas dalam pemberian subsidi di negara ini perlu mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah, orang miskin serta tidak berkemampuan, kata Tun Abdullah Ahmad Badawi…

Ulasan: Seperti biasa, Umnoputera akan di utamakan….

KETIBAAN PRESIDEN PALESTIN

PRESIDEN Palestin Mahmoud Abbas diiringi pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) selaku menteri pengiring ketika tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. 

Mahmoud adalah dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari mulai semalam...

Ulasan: UMNO dan PLO sama-sama memperjuangkan semangat kebangsaan masing-masing dan berselindung diatas nama perjuangan sibuk membuat harta peribadi. 

Bekas menteri kewangan Zambia dihukum penjara

LUSAKA 27 Mei - Seorang pegawai kanan parti pemerintah Zambia yang juga merupakan bekas menteri kewangannya, Katele Kalumba dikenakan hukuman penjara selama lima tahun hari ini.

Beliau didapati bersalah bersama tiga pegawai kanan jabatan perbendaharaan dan dua ahli perniagaan kerana terlibat dengan rasuah...

Ulasan: Selamat jadi adil wahai PSRM, Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah. Berkhidmat kerana Allah bukan untuk mencari redha orang politik.

Kalau PM Dah Bapa Segala Rasuah ........

Usaha memerangi rasuah di negara kita bukanlah cerita baru. Segala pendekatan telah digunakan. Akta digubal dan ditokok tambah berkali-kali. Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah diperkasakan dengan menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hadiah disediakan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkap perasuah kes-kes berprofil tinggi.

Sesekali sesekala ada juga pimpinan ternama negara dihadapkan ke muka pengadilan kerana didakwa terlibat dengan rasuah. Kalau ikan bilis yang ambil rasuah dua tiga ratus ringgit tu biasalah kena tangkap dan dipenjarakan. Biasanya pimpinan ternama ini hanya kecuh dua tiga minggu saja, buat pelaris surat khabar, lepas tu dibuang kes kerana ‘tak cukup bukti’.

Inilah fenomena memenangi gejala rasuah di Malaysia. Cakap tak serupa bikin, pendakwaan berpilih-pilih. Jikalau SPRM tu betul-betul bebas dan bergigi, Najib dan pimpinan UMNO lain dah lama duduk merengok dalam penjara.

Tengok saja pilihanraya kecil yang baru berlalu di Hulu Selangor dan Sibu. Najib Altantunya dan suku sakatnya bukan saja menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen tetapi buat duit negara macam duit mak bapa mereka.

Janji sini juta janji sana juta. Apa nak semua Najib boleh bagi. Bunyi macam Santa Claus pula si Kitol ini. Nampak ketara betul nak jadi hero dengan memenangi semua PRK!

Jika Najib ikhlas, kenapa kawasan yang daif yang tidak ada pilihanraya kecil tak dibantu begitu rupa? Kenapa setiap hari di Sibu saja dijanjikan dengan puluhan bantuan dan projek? Apakah Sibu saja yang perlukan bantuan segera?

Apakah haknya untuk datang ke Sibu dalam musim pilihanraya dengan menggunakan segala kemudahan kerajaan dan peruntukan kerajaan tetapi bercakap mewakili parti UMNO dan BN? Kalau ini bukan rasuah dan penyelewengan kuasa, Anak Bapa tak tahu nak panggil apa? 
SPRM pula terus berdengkur dan hanya garang jika ada sebarang lapuran berhubung Pakatan Rakyat. Alahai, nasib rakyat Malaysia terus dirundung malang dengan KERAjaan UMNO/BN!

Anak Bapa: Pimpinan UMNO yang merasuah dalam pemilihan parti dan dikenakan tindakan displin oleh parti pun SPRM tak buat apa, apatah lagi rasuah pimpinan UMNO kepada orang lain!
http://anakbapa.blogspot.com/2010/05/kalau-pm-dah-bapa-segala-rasuah.html

Laporan polis terhadap Najib

Laporan polis terhadap Najib - Pemuda Johor 
Pakatan Rakyat Johor mendakwa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang bersetuju untuk memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad dari Tanjung Pagar ke Woodlands mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Sehubungan itu satu laporan polis terhadap Najib di buat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru pagi tadi oleh pimpinan Pakatan Rakyat Johor termasuk Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Zabidie Abbas, Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dan Timbalannya, Onn Jaafar.

"Kita mengesyaki bahawa Najib mempunyai kepentingan peribadi di dalam membuat keputusan kerana persetujuan tersebut dicapai selepas tidak sampai sehari perbincangan dilakukan. Beliau mesti membentangkannya di parlimen sebelum membuat sebarang keputusan" kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Laporan media sebelum ini menyatakan kerajaan Malaysia telah 'menyelesaikan' beberapa perkara yang menjadi pertikaian kedua buah negara antaranya mengenai pertukaran tanah di Kranji, Woodlands dan Tanjung Pagar serta Lot 76-2 MK 16, Lot 249 MK 4 dan Lot 32-10 MK 16.

Selain itu, laporan polis itu juga tersebut mendesak siasatan mengenai status beberapa loji air Public Utitlities Board (PUB) di sekitar daerah Johor Bahru dan status rumah api Pulau Pisang yang terletak di luar pantai Pontian.

Pakatan Rakyat Johor bimbang sekiranya wujud unsur salahlaku atau pun penyalahgunaan kuasa di dalam membuat keputusan dan persetujuan yang membabitkan kepentingan negara.

"Kedudukan stesen keretapi KTMB Tanjong Pagar yang lebih dekat dengan Pelabuhan Singapura tentulah mempunyai nilai hartanah yang tinggi. Jadi, atas dasar apakah perjanjian 60-40 antara syarikat Malaysia dan Singapura berkenaan pembangunan di kawasan tersebut atau pun di tempat lain."

"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang terjadi apabila Malaysia hilang hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih dan kehilangan dua blok padang minyak di Sarawak, jelasnya.

Beliau turut bimbang aset dan warisan sejarah negara seperti bangunan lama Stesen KTMB Tanjung Pagar yang berusia 73 tahun itu akan dirobohkan sekiranya Malaysia telah kehilangan kepentingan di kawasan tersebut.

"Tempat ini dahulunya merupakan kawasan yang didiami oleh perkampungan orang Melayu. Harta dan aset negara kita juga banyak terdapat di kawasan ini. 

Saya tidak yakin kepentingan mereka akan dapat dipertahankan sekiranya kerajaan Malaysia meneruskan rancangan tersebut," jelas Zabidie.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ulasan: Hebatnya Najib kerana boleh selesai masalah lama dengan negara jiran dalam masa kerana semua PM sebelum ini tidak boleh menyelesaikan sesebelum ini. Macam magic. Atau dibeli? Atau ada kurap yang hendak di tutup.  

Tanah KTMB: Najib jangan berlagak ‘serba tahu’

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar tidak berlagak seperti 'manusia yang serba tahu' sebaliknya harus merujuk kepada semua pihak sebelum membuat sesuatu keputusan melibatkan kepentingan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Najib seharusnya berunding dengan semua pihak termasuk dengan Pakatan Rakyat sebelum menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

"Datuk Najib sebagai Perdana Menteri tidak boleh berlagak seperti dia malaikat, dan tidak boleh berlagak dia seorang manusia yang serba tahu. Kerajaan sepatutnya merujuk kepada banyak pihak sebelum membuat keputusan penting ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sebelum perjanjian dibuat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Kerajaan seharusnya mewujudkan satu jawatankuasa khas parlimen yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik bagi membincangkan perkara ini.

"Sepatutnya kerajaan membuat perjanjian dengan Singapura, ia perlu dirunding dengan banyak pihak di Malaysia. Sepatutnya kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas di parlimen yang meliputi pelbagai latar belakang politik untuk kita memberikan input yang baik kepada kerajaan," katanya lagi.

Tegasnya juga, PAS bersikap terbuka dengan sebarang tindakan yang bertujuan menyelesaikan perkara-perkara tertunggak di antara Malaysia dengan negara luar, namun ianya harus berpegang kepada prinsip menjaga kedaulatan negara.

Penyerahan tanah KTMB kepada syarikat usahasama itu ujarnya bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri sebelum ini.

"Kita perlu melihat secara menyeluruh penyelesaian yang dibuat oleh Perdana Menteri kita dengan Singapura. PAS berpendiran terbuka iaitu memang sesuatu penyelesaian itu perlu dibuat oleh kerajan dalam kes tertunggak tapi apa yang penting penyelesaian itu harus berpegang kepada prinsip mempertahankan kedaulatan negara kita.

"PAS sangat kecewa apabila kerajaan membuat satu penyelesaian kepada masalah yang berbangkit selama 20 tahun ini dengan tidak merujuk banyak pihak," tegasnya.

Justeru katanya, Najib harus membentangkan satu kertas putih di parlimen mengandungi penjelasan terperinci berhubung perjanjian yang telah dibuat dengan Singapura bagi membuktikan kejujuran mereka terhadap rakyat Malaysia.

"Perdana Menteri harus membentangkan kertas putih pada sidang parlimen nanti untuk memperlihatkan beliau jujur dalam hal penyelesaian berhubung Tanjung Pagar dengan Singapura. Jadi perlu dibentangkan secara terperinci apa penyelesian hasil perjanjian itu dan sebagainya.

"Kalau kerajaan tidak mahu membentangkan kertas putih bermakna kerajaan sebenarnya telah menjual kepentingan negara kita kepada singapura," tegasnya.

Beliau juga berkata, keputusan Najib itu sangat membimbangkan kerana sewaktu beliau menjadi anggota kabinet pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau bersetuju menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei yang mendatangkan kerugian kepada Malaysia.

"Kita sangat ragu dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan seperti usaha Najib sendiri selaku anggota kabinet pada zaman Pak Lah bersetuju menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei yang tidak pun menampakkan ada situasi menang-menang, malah merugikan Malaysia," katanya.

Kelmarin, Najib dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong bersetuju untuk membangunkan tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, dan memindahkan stesen keretapi itu ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Sebanyak 60 peratus kepentingan dalam Syarikat M-S Pte Ltd akan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sementara bakinya oleh Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura.

Ulasan: Najib ingat tanah KTMB itu tanah milik BN/UMNO. Hentikan pemimpin membuat keputusan yang membabitkan tanah milik negara tanpa perbincangan di parlimen. Rupanya senyap Najib menguntungkan orang lain. 

Bersatu perjuangkan Palestin

TIDAK pernah berlaku dalam sejarah, sesebuah negara dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi yang berlarutan lebih tiga tahun kecuali Palestin. Inilah sikap sebenar Israel dan konco-konconya terutama payung utamanya Amerika Syarikat (AS) yang kononnya sentiasa memperjuangkan hak kebebasan dalam demokrasi.

Malangnya, kekejaman dan penindasan zionis ke atas rakyat Palestin ini seolah-olah ‘disapu ke bawah karpet’. Sehinggakan nyawa manusia yang tidak berdosa bagaikan tidak berharga.

Sekatan ekonomi yang dikenakan pula menyebabkan 80 peratus rakyat Palestin kehilangan pekerjaan. Sekali gus menambah sengsara rakyat Palestin dikepung di ‘neraka dunia’ itu.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor bagi mengupas isu ini.

Mega: Perjuangan umat Islam untuk membantu Palestin sudah berlaku lebih 60 tahun. Namun sehingga hari ini belum nampak hasil yang konkrit. Adakah ini bermakna kita telah gagal?

DR. HAFIDZI: Perjuangan untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan memang memakan masa yang lama. Sejarah menunjukkan ada perjuangan yang memakan masa sehingga ratusan tahun sebelum sesebuah negara yang terjajah memperoleh kemerdekaan. 

Begitu juga perjuangan yang berlaku di Palestin pada hari ini. Bahkan bukan sekali ini Palestin dijajah. Kira-kira 1,000 tahun yang silam, bumi Palestin pernah dikuasai oleh tentera Salib dan pendudukan tentera Salibiah berlangsung selama 100 tahun (1090 sehingga 1187) sehinggalah bumi Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi.

Meskipun perjuangan di Palestin kini sudah memasuki tahun yang ke 62 (jika dikira dari tarikh penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948) namun untuk menganggap perjuangan ini belum mencapai hasil yang konkrit tidak begitu tepat. 

Ini kerana perjuangan yang dipelopori oleh rakyat Palestin semenjak enam dasawarsa lalu telah berjaya mematahkan cita-cita Israel untuk meluaskan jajahan takluknya sebagaimana yang diimpikan melalui agenda Israel raya (Eretz Israel) yang menganjur dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq. Bahkan kita menyaksikan jajahan takluk Israel semakin mengecil. 

Bermula dengan pemulangan Semenanjung Sinai kepada Mesir pada tahun 1981, pengunduran tentera Israel dari Selatan Lebanon pada tahun 2000. 

Pengunduran Israel dari Gaza (2005) meskipun kemudiannya mereka mengenakan kepungan ke atas Gaza dan penyerahan sebahagian kecil dari wilayah di Tebing Barat berdasarkan perjanjian Oslo kepada pihak berkuasa Palestin (meskipun kuasa tersebut terbatas pada kuasa sivil dan bukan aspek keselamatan). 

Semua ini menjadi kenyataan kerana semangat juang rakyat Palestin yang tidak pernah luntur untuk memerdekakan tanah air mereka.

Satu lagi perkembangan menarik mengenai perjuangan pembebasan Palestin ialah pendapat umum masyarakat antarabangsa kini semakin memihak kepada perjuangan rakyat Palestin. 

Sehingga tahun 2000 (dengan tercetusnya Intifadah al-Aqsa) masyarakat antarabangsa khususnya barat memandang serong kepada perjuangan rakyat Palestin. 

Mereka sentiasa menyokong Israel yang kononnya menjadi mangsa kepada ancaman keganasan rakyat Palestin. Tetapi kini seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan media baru, masyarakat antarabangsa mula terdedah kepada realiti sebenar perjuangan rakyat Palestin.

Sikap prejudis kini beransur-ansur bertukar kepada simpati dan akhirnya menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka. 

Israel kini mula mendapat kritikan dan cemuhan terutama daripada masyarakat barat yang peka dengan hak asasi manusia dan prinsip undang-undang antarabangsa. Rakyat Palestin kini dianggap sebagai mangsa yang perlu dibela daripada kekejaman rejim zionis Israel. Perkembangan ini juga terhasil daripada strategi jaringan antarabangsa yang dibangunkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sama ada di dalam dan di luar Palestin untuk menyebarluaskan kesedaran dan sokongan terhadap rakyat Palestin yang tertindas dan dinafikan hak di tanah air mereka sendiri.

Kesimpulannya, rakyat Palestin tidak gagal, bahkan mencipta kemenangan demi kemenangan dalam konflik yang berpanjangan ini.

Pada 9 Mac lalu, Israel luluskan 1,600 penempatan baru pendatang haram Yahudi di timur Baitul Maqdis. Tindakan ini membuktikan rejim zionis itu hanya berpura-pura untuk merealisasi proses damai. Apa komen Dr.?

DR. HAFIDZI: Ini langsung tidak memeranjatkan. Sebenarnya Israel sama sekali tidak akan menyerahkan Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat yang mereka duduki sejak tahun 1967.

Tebing Barat dirujuk sebagai 'Judea' dan 'Samaria' oleh orang-orang Yahudi dan Jerusalem pula telah diistiharkan sebagai ibu kota abadi Israel. 

Oleh kerana itu mereka tidak akan menghentikan projek membina penempatan untuk penduduk Yahudi di sana. 

Segala komitmen untuk membekukan aktiviti pembinaan penempatan Yahudi adalah omong kosong zionis Israel yang dijadikan umpan setiap kali berlangsungnya rundingan damai. 

Hakikatnya Israel tidak pernah menghormati mana-mana syarat rundingan dengan pihak berkuasa Palestin termasuk dalam isu penempatan Yahudi. 

Bahkan selepas perjanjian Oslo pada tahun 1993, Israel terus giat membina penempatan tambahan Yahudi sehingga jumlahnya meningkat lebih daripada sekali ganda mencapai 200 kawasan menjelang tahun 2000. 

Sedangkan menurut penjanjian Oslo, dalam tempoh lima tahun (1998) negara Palestin yang terdiri dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza akan diisytiharkan sebagai wilayah Palestin yang berdaulat dan merdeka. 

Bagaimana ini menjadi kenyataan jika Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur dipenuhi dengan penempatan Yahudi yang merupakan penduduk Israel? 

Situasi yang sama berlaku semasa Persidangan Annapolis pada 27 Disember 2007 di mana delegasi Israel berjanji akan menghentikan aktiviti penempatan Yahudi. 

Namun sejurus selesai persidangan itu, pengumuman rasmi dibuat oleh Tel Aviv, mereka akan meneruskan aktiviti membina penempatan Yahudi. 

Apabila Benjamin Netanyahu dipilih sebagai Perdana Menteri Israel antara langkah pertama yang beliau umumkan ialah penambahan unit-unit kediaman Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. 

Mempamerkan kekuatan ketenteraan terbaru iaitu pesawat tanpa pemandu Israel yang boleh terbang sepanjang hari pada 22 Februari lalu, disifatkan antara perang saraf zionis kepada rakyat Palestin. Mungkinkah lebih banyak serangan ke atas penempatan awam Palestin selepas ini?

DR. HAFIDZI: Serangan ke atas sasaran awam tidak pernah berhenti semenjak tahun 1967. Israel sama sekali tidak akan mengubah polisinya menyerang tempat-tempat awam tanpa mempedulikan peraturan dan undang-undang antarabangsa.

Dalam banyak kejadian Israel tidak pernah mengisytiharkan perang bahkan melancarkan peperangan melalui pengisytiharan sepihak. 

Kini mereka menggunakan pesawat tanpa pemandu predator untuk memilih sasaran-sasaran rawak di Palestin. Kehadiran predator yang berlegar-legar di ruang angkasa Palestin sudah tentu merupakan satu gambaran yang menakutkan rakyat Palestin. 

Bahkan senjata kawalan jauh ini seringkali tidak disedari kehadirannya kerana tidak mengeluarkan bunyi dan ditalakan kepada sasaran secara mendadak.

Situasi ini boleh menjadi alat perang saraf yang berkesan kepada Israel. Namun hidup dalam ketakutan sudah menjadi semacam sebahagian dari kehidupan rakyat Palestin. 

Kehadiran pesawat pejuang F16 atau helikopter Apache di ruang udara sudah cukup menggoncang dada. Adakalanya bangunan-bangunan menjadi sasaran bedilan meriam dan kereta kebal pada saat-saat yang tidak diduga. 

Semua ini sudah menjadi pakaian hidup rakyat Palestin. Saya kira kehadiran pesawat kawalan jauh 'predator' ini adalah sebahagian daripada perancangan Israel untuk terus menimbulkan kesan psikologi takut yang melampau kepada rakyat Palestin. 

Namun sebagai rakyat yang sudah terdedah kepada semua bentuk kekejaman dan keganasan, kehadiran predator adalah satu realiti baru yang akan dihadapi oleh rakyat Palestin dengan tabah.

Apa pula status terkini di Palestin?

DR. HAFIDZI: Israel telah membuat perisytiharan untuk memilik negarakan beberapa tempat di Palestin sebagai hak warisan Yahudi. Ini termasuk wilayah Hebron atau Ibrahimi yang ada di dalamnya Masjid Ibrahim.

Dikatakan juga kawasan tersebut pernah menjadi tempat tinggal Nabi Ibrahim dan anak-anaknya. 

Tindakan ini adalah provokasi dan untuk mencuba ke atas orang Islam. Sebabnya Baitul Maqdis dan sekitar Al-Quds adalah bumi terbuka sebagai mana yang diisytiharkan oleh Saidina Umar sebelum ini. Maknanya, tidak ada sesiapa boleh mendakwa kawasan tersebut hak mereka. 

Keadaan ini berlangsung sekian lama sehingga tercetusnya Perang Salib walaupun majoriti penduduk kawasan itu adalah Yahudi dan Kristian.

Ini dianggap boleh mengeruhkan lagi suasana dan menimbulkan ketegangan dalam usaha mahu mencapai perdamaian.

Saya melihat perbuatan ini akan ditolak bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga penduduk bukan Islam.

Amerika Syarikat (AS) terus berdolak-dalih dalam memberi tekanan kepada Israel untuk menjayakan misi perdamaian. Jika ini berterusan, adakah bermaksud kedamaian di Palestin hanya impian?

DR. HAFIDZI: Dasar luar AS terhadap Timur Tengah, amnya dan Israel, khasnya memang telah diketahui sejak dahulu. Dasar luar AS terhadap Israel sangat konsisten iaitu tetap menyokong apa-apa juga tindakan Israel dalam isu Palestin dan jiran-jiran negara Arabnya meskipun tindakan tersebut dilihat melanggar ketetapan PBB dan peraturan antarabangsa. 

Bahkan AS mempamerkan rekod sangat cemerlang di dalam menggunakan kuasa veto atau pembatalnya di dalam menolak apa juga ketetapan PBB yang dilihat tidak memihak kepada Israel. 

Contoh terbaru adalah laporan Goldstone yang mendedahkan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza yang dibentangkan di PBB. 

Majoriti negara anggota PBB mengundi menyokong dapatan yang terkandung di dalam Laporan Goldstone terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Israel. 

AS sebagaimana yang dijangka membidas laporan tersebut dan menunjukkan sikap yang amat bertentangan dengan pendirian masyarakat antarabangsa yang mahu melihat keadilan ditegakkan untuk rakyat Palestin yang teraniaya dan dizalimi dengan mengheret Ketua-ketua negara Israel ke muka pengadilan. 

Berdasarkan kepada realiti ini memang sukar meletakkan sebarang harapan kepada AS untuk mencapai kata sepakat dalam isu Palestin. Namun harapan sebenarnya bukan terletak di tangan AS. 

Meskipun Amerika kini adalah sebuah kuasa dunia tunggal namun corak kuasa unipolar yang mencorakkan politik antarabangsa bakal berubah. 

Kemunculan kuasa-kuasa baru seperti Cina, India dan Rusia di samping EU (Kesatuan Eropah) dan negara-negara Amerika Selatan yang semakin lantang seperti Venezuela, Bolivia, Chile dan Argentina bakal mengimbangi kuasa politik dan ekonomi AS, sekali gus boleh mendatangkan kesan terhadap dasar luarnya. 

Lama-kelamaan AS tidak boleh lagi mengenepikan pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap dasar luarnya. Kita bakal menyaksikan AS akan melunakkan sikapnya dalam isu Palestin dan lebih tegas terhadap Israel meskipun pentadbiran AS berada di bawah pengaruh pelobi yahudi Zionis. 

Peranan yang lebih besar sebenarnya dimainkan oleh masyarakat madani (masyarakat sivil) dalam bentuk NGO dan pertubuhan hak asasi. 

Pertubuhan-pertubuhan ini semakin mendapat pengiktirafan dan bakal memimpin perubahan di peringkat antarabangsa. 

Kini kita melihat usaha-usaha mencabar kepungan Israel dan sekatan ekonomi ke atas Gaza bukan diterajui oleh negara-negara tertentu tetapi oleh pertubuhan-pertubuhan sukarelawan yang bergabung dan melancarkan kempen serta bantuan kemanusiaan rentas sempadan ke Gaza seperti Viva Palestina, Gaza Life line, Break the siege dan sebagainya. 

Kita jangan lupa tekanan daripada masyarakat sivillah yang telah menyebabkan kerajaan AS mengubah polisinya di Asia Tenggara dan mengundurkan tenteranya dari Vietnam.

Keadaan yang sama boleh berulang di mana rakyat AS sendiri semakin peka dengan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. 

Bahkan kita melihat demonstrasi dianjurkan oleh rakyat AS sendiri di bandar-bandar besar dan kecil mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.

Ada juga pihak yang mempertikaikan apa yang boleh negara kecil seperti Malaysia lakukan untuk bantu Palestin jika kuasa besar tidak menunjukkan komitmen mereka. Adakah ini melemahkan perjuangan Pace?

DR. HAFIDZI: Untuk menangani isu Palestin yang sudah menjadi isu global, tidak ada satu negara pun yang boleh bertindak sendirian. 

Hatta sebuah negara besar dan paling berkuasa pun seperti AS akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak masyarakat antarabangsa. 

Jadi Malaysia perlu berperanan membantu membentuk pandangan masyarakat antarabangsa yang membawa ke arah penegakkan hukum dan keadilan sejagat dalam isu Palestin. 

Ini boleh dilakukan dalam forum-forum antarabangsa. Mungkin PBB bukanlah forum yang berkesan kerana kita tahu PBB ditubuhkan dengan matlamat untuk menjaga kepentingan negara-negara berkuasa. 

Kuasa veto

Ini terbukti daripda struktur PBB itu sendiri yang memberikan kuasa veto tanpa had kepada lima negara kuasa besar iaitu AS, Rusia, Britain, Perancis dan China. 

Maka Malaysia perlu menerajui isu Palestin melalui forum-forum seperti Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC), Dialog Selatan-Selatan, Kumpulan 77 (G77) dan Pertubuhan negara Komanwel. 

Dengan memimpin pandangan umum terhadap isu Palestin dalam pertubuhan-pertubuhan ini, maka suara yang lebih kuat dalam diketengahkan di dalam PBB dan boleh mempengaruhi trend pengundian dan sokongan di Persidangan Agung PBB dan juga Majlis Keselamatan PBB.

Satu lagi pendekatan yang berkesan ialah melalui boikot (BDS - Boycott, Divestment and Sanction) yang kini sedang rancak diperjuangkan dan dikempenkan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi dan pengguna di seluruh dunia). 

Malaysia harus menyokong kempen BDS ini bahkan wajar menerajui kempen BDS ini di peringkat serantau - Asia Tenggara dan negara-negara membangun.

Kempen boikot ekonomi amat berkesan. Model boikot ini telah dibuktikan di dalam menangani kerajaan Aparteid Afrika Selatan. Apabila kempen boikot ini disambut di seluruh dunia maka rejim Aparteid Afrika Selatan terpaksa akur dan mengembalikan hak demokrasi rakyat kulit hitam dan berwarna di sana. 

Tidak mustahil bahkan amat mungkin rejim zionis Israel terpaksa tunduk kepada masyarakat antarabangsa apabila mereka tertekan dan terkesan dengan kempen boikot di peringkat antarabangsa ini.

Atas dasar inilah Pace sentiasa mengambil inisiatif untuk mengadakan pemuafakatan dan kerjasama dengan semua pihak sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa dalam menangani isu Palestin. 

Pace mempunyai jalinan antarabangsa dan seringkali berhubung dan menyokong usaha-usaha semua pihak di dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. 

Dalam konteks Malaysia dan global, Pace bergabung di bawah satu pakatan Viva Palestina Malaysia (VPM) yang bergabung dengan Viva Palestina - International (VP) dan turut terlibat di dalam menyalurkan bantuan melalui Konvoi 3 ke Gaza, baru-baru ini.

Ia menyaksikan lebih 200 ambulans dengan bekalan ubat-ubatan dan bahan makanan dibawa masuk ke Gaza mengikut jalan darat merentas benua Eropah ke Gaza melalui Rafah di Mesir. 

Pace juga bernaung di bawah Al-Quds Institute, sebuah badan antarabangsa yang dipengerusikan oleh ulama tersohor Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang mengkoordinasi bantuan dan juga menyusun strategi perjuangan bagi membantu rakyat Palestin membebaskan diri daripada cengkaman zionis.

Kesimpulannya, Pace sama sekali tidak akan merasa hampa dengan apa juga situasi yang berlaku di Palestin. Perjuangan membela rakyat Palestin pasti diteruskan dan akan terus dipacu tanpa jemu.

http://utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
UM, 16/03/2010

Aid Ships Head to Gaza Despite Israeli Objections

VOA News / May 27, 2010 09:26 KST

Tensions are building as eight ships carrying thousands of tons of material and supplies are headed for Gaza to break a blockade-Israel imposed the border closure after Hamas seized power over Gaza in 2007. 

The boats left ports in Britain, Greece, Ireland and Turkey yesterday. The so-called Freedom Flotilla will assemble at Cyprus Friday and make the final one-day journey to Gaza collectively. 

Israel has said it will not allow the aid convoy to reach Gaza. It has imposed a blockade on Gaza after the Islamist militant group Hamas seized control of the territory in 2007. The Israeli military has sought to prevent militants from receiving materials that can be used to attack Israel, and has stopped other vessels carrying aid to Palestinians in the past.

The Israeli Army calls the flotilla a provocation, orchestrated by Hamas under the guise of delivering humanitarian relief to residents of Gaza. It says the humanitarian situation there is "good and stable."
 Palestinian members of the Hamas naval police ride boats during a display of their preparations for the arrival of the small flotilla, at the port in Gaza City, on May 26, 2010. /AP 

A spokesman for the Israeli Defense Forces told VOA that any organization wanting to deliver supplies to Gaza is free to do so, but in coordination with the Israeli government. "Anything that could happen we're ready for. That's all I can tell you," he said.

Israel says it has set up a detention center for the activists who attempt break the blockade. 

Christopher Gunnes is a spokesman with the United Nations Relief and Works Agency for Palestinian Refugees. He said that the situation on the ground in Gaza is dire. "The idea that Gaza has everything that it needs is absurd. Basic things are getting in, yes," he said. "They're getting in through the tunnels." 

"And that means that the number of those who can't afford to feed their families -- special hardship cases, we call them, has gone up in the last year alone from 100,000 to 300,000 because prices of goods coming through the tunnels are going up and up and up. There is undoubtedly a serious humanitarian crisis going on in Gaza and to say anything else is simply absurd," he added.

Several hundred journalists and activists are reported to be on board the ships, including an aged Holocaust survivor and a Nobel Peace Prize laureate.
VOA News / May 27, 2010 09:26 KST

Israel mula tertekan dengan kehadiran konvoi bantuan kemanusiaan Gaza

Israel mula tertekan dengan kehadiran konvoi Gaza 
Mohd Nizam  

Tindakan Zionis Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman ke atas konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza jelas menunjukkan mereka kini berada dalam keadaaan tertekan.

Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Bülent Yildirim, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin NGO lain menyebut bahawa mereka tidak akan sekali-kali berundur walaupun satu langkah meskipun harus berhadapan dengan tindakan ganas tentera Israel sebagaimana yang disebut oleh media-media Israel.

“Setelah bertungkus-lumus selama 2 bulan bagi membuat persediaan konvoi ini, kini tibalah masanya untuk kita belayar ke Gaza. Semua peserta konvoi menunggu saat kini, dan kini kita sudah bersiap sedia,” kata Bülent yang bertutur dalam bahasa Turki.

Konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza ini akan membawa aspirasi kemanusiaan masyarakat dunia yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Gaza. Berbagai dakwaan dibuat oleh media dan pemimpin Zionis bagi menghalang pergerakan konvoi ini.

“Ini hanyalah satu konvoi bantuan kemanusiaan, tidak ada tujuan lain. Semua mereka yang menyertai konvoi ini adalah mewakili NGO masing-masing. Kami tidak ada apa-apa hubungan, kecuali keikhlasan kami untuk sama-sama membantu rakyat Gaza. Itulah yang menyatukan kami,” tegas Bülent.

Wakil-wakil NGO daripada lebih 50 buah negara akan menyertai konvoi ini.

Israel turut mengumumkan “perang psikologi” terhadap konvoi ini dengan ugutan bahawa mereka telah menyiapkan sebuah pusat tahanan di Sderot khusus untuk menangkap peserta-peserta konvoi.

“Bayangkanlah, semua pihak di Israel, sama ada Presiden mahupun Perdana Menteri, memberi perhatian yang serius terhadap misi kemanusiaan ini. Apakah mereka fikir kami takut kepada ugutan mereka? Kapal-kapal kami membawa 15,000 tan bantuan kemanusiaan, dan kami tidak faham kenapa Israel ingin menghalang,” tambah Bülent lagi.

Bülent turut menjelaskan bahawa tindakan menghantar konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini bukanlah suatu perkara yang dibuat secara tergesa-gesa, sebagaimana yang didakwa oleh setengah pihak.

Dalam sidang media tersebut, Bülent telah menunjukkan beberapa pucuk surat yang menjadi bukti kenyataan beliau itu. Menurut beliau, IHH telah menghantar surat permohonan kepada Kedutaan Israel di Turki untuk menghantar bantuan ke Gaza pada 11 hb Februari 2009, iaitu 3 hari selepas tamatnya serangan brutal Operation Cast Lead. IHH juga telah menghantar permohonan yang sama kepada Kedutaan Mesir di Turki.

“Kami telah melakukan usaha terbaik untuk menyelesaikan permasalahan di Gaza secara diplomasi. Tapi sehingga hari ini kami tidak mendapat apa-apa reaksi daripada mereka. Kami bukanlah secara tiba-tiba ingin ke Gaza. Kami telah membuat peracangan yang begitu lama,” jelas Bülent.

Seramai 35 orang ahli parlimen daripada Eropah dan Asia Tengah akan turut menyertai konvoi ini. “Tapi kami tidak akan membawa mana-mana ahli parlimen daripada Turki, tidak seorang pun,” kata Bülent.

Malahan beliau telah menolak permintaan mana-mana ahli parlimen Turki untuk turut menyertai konvoi ini.

“Jika kita membawa ahli-ahli parlimen Turki, mereka (Israel) akan mendakwa bahawa konvoi ini ditaja oleh kerajaan Turki. Konvoi ini tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan Turki,” jelas Bülent lagi.

Ada juga pihak yang mendakwa bantuan ini ditujukan kepada pihak Hamas. Bülent menjawab, “Pihak Berkuasa Palestin (PA), golongan berhaluan kiri, Hamas dan lain-lain mempunyai urusan mereka sendiri. Urusan kami pula hanyalah untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza yang sangat memerlukan. Jika mereka cuba mengaitkan kami dengan mana-mana organisasi tersebut, mereka telah melakukan satu kesilapan,” tegas Bülent lagi.

Beliau turut memberi amaran kepada Israel bahawa jika mana-mana peserta konvoi ditangkap atau dicederakan, demonstrasi secara besar-besaran akan diadakan di lebih 100 buah negara.

“Kepada rakyat Israel, kalau kerajaan anda terus dengan polisi mereka (menghalang bantuan kemanusiaan), negara kamu akan ditinggalkan bersendirian kerana kamu bermusuh dengan semua negara. Akhirnya akan berlaku embargo pula ke atas kamu, kerana kamu menentang kemanusiaan. Sekiranya kami masih hidup ketika kamu dikenakan embargo itu, kami berjanji bahawa kami akan bertindak ke atas kerajaan kamu dan berjuang membantu kamu,” jelas Bülent disambut dengan tepukan gemuruh.

“Saya percaya dunia ini cukup luas untuk setiap kita hidup dengan aman,” sambung beliau.

Sidang media tersebut turut disertai oleh seorang ahli parlimen Israel, Hanin Zo’bi dan Ketua Bishop Vatican, Ilariona Kapuci. Dalam ucapannya, Kapuci menegaskan bahawa mereka akan terus menghantar bantuan ke Palestin sehinggalah al Quds dibebaskan menjadi ibukota Palestin merdeka.

“Kami tidak peduli apa yang akan berlaku ke atas kami, hinggalah Palestin dibebaskan,” hujah beliau penuh bersemangat.

Tekanan ke atas Zionis semakin ketara apabila media-media Israel cuba menghubungi Bülent untuk membuat wawancara dan liputan berita. 

Mohd Nizam,
HALUANPalestin

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26788:israel-mula-tertekan-dengan-kehadiran-konvoi-gaza&catid=94:global2&Itemid=135http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26788:israel-mula-tertekan-dengan-kehadiran-konvoi-gaza&catid=94:global2&Itemid=135

Wednesday, May 26, 2010

8 ships with aid, activists head for sealed Gaza

By KARIN LAUB
The Associated Press 
Tuesday, May 25, 2010; 2:51 PM 

JERUSALEM -- Eight ships carrying 10,000 tons of donated supplies and hundreds of pro-Palestinian activists on Tuesday were making their way toward blockaded Gaza - and a likely weekend showdown with the Israeli navy. 

The small flotilla carrying cement, prefab homes and other goods marks the most ambitious attempt yet to break the border blockade of Gaza, imposed by Israel and Egypt after the Islamic militant Hamas violently seized the territory in 2007. 

Israel warned that it would not let the vessels reach Gaza, and has reportedly set up a detention center for the activists in the southern Israeli port of Ashdod. Israel also insisted there is no humanitarian crisis, claiming that it allows sufficient supplies into Gaza. 

The latest attempt to break the blockade comes at a time of growing appeals by the international community to Israel to ease the border closure or lift it. Israel bars everything except for basic foods and humanitarian supplies, in hopes of driving out Hamas or at least forcing the Islamic militant group to release an Israeli soldier it has held for nearly four years. 

In Istanbul, Turkish Foreign Minister Ahmet Davutoglu urged Israel on Tuesday to lift the blockade. Two of the eight ships were dispatched by a Turkish NGO, and Davutoglu said his government has raised the issue of the aid shipment with Israel. 

However, he emphasized that the aid convoy is a civilian initiative and that Turkey wants to avoid renewed friction with Israel. "We will of course use all diplomatic opportunities so that there is no problem," he said. "We do not want new tension." 

Israeli-Turkish relations cooled after Israel's bruising military offensive in Gaza more than a year ago, launched to halt Hamas rocket fire on Israeli border towns. Turkish NGOs have been among the most active since then in delivering aid to Gaza. 

Four cargo ships and four passenger vessels were heading toward the southern Mediterranean on Tuesday from various European ports, and planned to meet Friday off Cyprus, said Greta Berlin, one of the organizers. From there, they are to set off together for the one-day journey toward Gaza. 

The cargo ships are carrying an array of donated goods not allowed into Gaza, including cement, prefab homes, lumber, window frames, paper for printing school books, children's toys, a full dentist's office, electric wheelchairs and high-end medical equipment, Berlin said. 

Israel initially allowed several small ships to reach Gaza, but since December 2008 has blocked all vessels from reaching the territory. 

Among the passengers are lawmakers from a dozen European countries, a Holocaust survivor in her 80s, a Nobel Peace Prize laureate and a retired U.S. army colonel, Berlin said. 

Israeli Foreign Ministry spokesman Yigal Palmor said the vessels would be blocked. 

"We have warned the organizers that they would be breaking international law if they try to force their way into Gaza waters," he said. "We have explained to the relevant governments the nature of the situation and why the boats would not be permitted to land." 

Palmor said Israel asked the flotilla organizers to use land crossings to bring in the goods, but alleged they are less interested in delivering aid than in "promoting their radical agenda, playing into the hands of Hamas provocations." 

He said more than 1 million tons of humanitarian supplies have been allowed into Gaza since the Israeli military operation ended in January 2009, "almost a ton of aid for each man, woman and child" in Gaza. 

The organizers said they hope to deliver goods not permitted by Israel, but that they also want to draw attention to the blockade. 

"If we are being stopped, the world will see it on all the TV channels," said activist Dror Feiler, who is sailing on one of the boats. 

http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2010/05/25/AR2010052502900.html

Najib ulangi serah maruah kepada Singapura

harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Tindakan menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura tidak memeranjatkan kerana pulau Singapura sendiri pun telah diberikan begitu sahaja oleh pemimpin Umno sebelum ini kepada Lee Kuan Yew.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan penyerahan stesen KTMB Tanjung Pagar itu sebagai ulangan penyerahan Singapura pada 9 Ogos 1965.

"Pada 6 Februari 1819, Sultan Hussein dan Temenggong Abdul Rahman menyerahkan Singapura untuk dijadikan tanah jajahan British melalui perjanjian dengan Stamford Raffles.

"Pada 9 Ogos 1965 pula, Perdana Menteri dan Presiden Umno waktu itu menyerah kalah kepada tipu muslihat politik Kuan Yew lalu menyerahkan Singapura begitu sahaja kepada pemimpin Singapura.

"Dan, Isnin lalu, pada 24 Mei 2010, Perdana Menteri dan Presiden Umno hari ini, (Datuk Seri) Najib melengkapkan penyerahan itu sambil mempersalahkan Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang ditandatangani pada 1990 sebagai alasan untuk melengkapkan penyerahan maruah kepada Singapura itu," katanya.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mendakwa, perjanjian antara Najib dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong itu adalah jauh lebih baik berbanding pengunduran operasi KTMB secara berperingkat mengikut POA.

Mahfuz mempersoalkan, mengapa pengikut-pengikut Najib termasuk Abdul Ghani kelihatan mempersalah dan menggunakan alasan POA untuk mewajarkan perjanjian Isnin lalu.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, POA yang digariskan Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan ketika itu, sebenarnya tidak mendapat persetujuan kabinet.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu sependapat dengan pandangan pelbagai pihak supaya Najib membentangkan laporan khas mengenai perkara itu dalam sesi Parlimen akan datang.

Beliau kecewa dengan sikap Najib yang bertindak sama seperti Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menyerahkan wilayah Malaysia di Blok L dan M kepada Singapura.

"Najib sama seperti Abdullah, berlagak pandai tetapi hakikatnya tidak tahu menggunakan kuasa yang ada pada seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan maruah dan nama baik negara," kata Mahfuz.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku hari ini sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1965 lalu apabila pemimpin Umno dengan mudah menyerahkan Singapura akibat kehilangan akal untuk menghadapi sepak terajang Kuan Yew untuk mengukuh dan memperluaskan kuasanya.

"Hari ini pun, kerana hendak berlagak lebih pandai dari pemimpin sebelum ini yang menangguhkan perlaksanaan POA itu, Najib mengulangi perbuatan menyerahkan maruah negara kepada Singapura," katanya. 

Ulasan: Bila pemimpin buat hal....

Freedom Flotilla en Route to Gaza to Deliver Aid

by Canadians for Justice and Peace in the Middle East
 
Global Research, May 21, 2010
Canadians for Justice and Peace in the Middle East - 2010-05-20

Montreal - On May 18, 2010, the MV Rachel Corrie, a 1200-ton cargo ship, part of the eight-vessel Freedom Flotilla, set sail from Ireland on its way to the Mediterranean Sea. The ship will be joined there by ships from Turkey and Greece, where they will make their way to Gaza. The ships are carrying construction materials, as well as medical and educational supplies. Many in Canada and around the world are anxious to see if Israel will carry through on threats to sabotage the humanitarian mission.

The people onboard these ships include members of various world Parliaments, UN staff, human rights and trade union activists, as well as journalists. The Flotilla is the largest contingent of ships that has attempted to deliver humanitarian aid to Gaza, since Israel began its crippling siege of the occupied Palestinian territory in 2007. Israel's war on Gaza in December, 2008-January, 2009 exacerbated the already harsh conditions of the occupied Palestinian territory and its inhabitants, as it destroyed much of Gaza's infrastructure, killed an estimated 1,400 Palestinians, and injured thousands.

Prior humanitarian efforts to deliver aid to Gaza by ship have been met with resistance by the Israeli Navy. Boats have been rammed and shot at. Israel has made it clear that this time will be no different. Reports in the Israeli media suggest that the current Freedom Flotilla will face the same resistance, and will be prevented from reaching Gaza.

Canadians for Justice and Peace in the Middle East (CJPME) believes that all legal efforts should be made to break Israel's illegal siege of Gaza, and encourages all media to follow this latest effort closely. "The flotilla is acting in line with universal principals of human rights and justice in defying a blockade identified as illegal by the UN and other humanitarian organizations", says Tom Woodley, President of CJPME. "The inhabitants of Gaza, like any people, have a right to basic supplies like cement, medicine and schoolbooks, all of which are largely banned from entry by Israel. Canadians and the world should keep a watchful eye on the Flotilla's progress, and on Israel's attempts to block its noble efforts."

CJPME continues to encourage the Canadian government to pressure Israel to end the devastating siege of Gaza, so that the people may begin to re-build their homes and industry. CJPME also advocates for an end to Israel's brutal occupation of the Palestinian territories. 
 
For more information, please contact: 
Grace Batchoun
Canadians for Justice and Peace in the Middle East
Telephone: (514) 745-8491
CJPME Email - CJPME Website
 
Canadians for Justice and Peace in the Middle East (CJPME) is a non-profit and secular organization bringing together men and women of all backgrounds who labour to see justice and peace take root again in the Middle East. Its mission is to empower decision-makers to view all sides with fairness and to promote the equitable and sustainable development of the region.

http://www.globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=19254

Diaries from Gaza: Building hopes

by Menna Hassan on May 24th, 2010

The continuous siege of Gaza, already in its third year, prevents many patients from traveling abroad for medical treatment. As a result, a number of victims die every day in Gaza. Today a man suffering from cancer passed for the same reasons. I believe thousands of patients in Gaza are waiting for treatment outside Gaza. It is worth mentioning that medicines and medical equipments for treatment are not available in the Gaza Strip so most of the Gazans have great wishes to save these souls from further pain and impending death.

Every day when I go out for work, I see the huge destruction left by the destructive power of Israel used during the war on Gaza Strip. I can also see the buildings which suffered damage by the Israeli war machine. No rebuilding has taken place since there are no materials for reconstruction in Gaza while Israel is preventing the entry of construction materials into Gaza. However, the Israeli Occupation authorities have exceptionally allowed the transfer of construction materials for the United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) for Palestine refugees projects in Gaza Strip where hundreds of buildings await reconstruction so that they can be used again.

http://blog.foreignpolicyjournal.com/2010/05/24/diaries-from-gaza-building-hopes/

Comment: The Palestinians are HUMAN too. Gaza: End the blockade. GAZA: HALTE AU BLOCUS.




Anak Presiden MIC biadab – TPM

MUAR 25 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan anak Presiden MIC, S. Vell Paari menuduh UMNO melakukan ‘pembunuhan politik’ (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut menegaskan, kepimpinan BN dan UMNO tidak terlibat dalam masalah MIC.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meminta supaya UMNO tidak dikaitkan dengan masalah dalaman parti yang diterajui Datuk Seri S. Samy Vellu itu.

“Jangan kaitkan UMNO dalam soal itu. Ia satu perbuatan yang bagi saya bukan sahaja tidak adil tetapi biadab,” katanya selepas merasmikan majlis ramah mesra Menteri Pelajaran bersama warga pendidik di Kompleks Sukan Pagoh dekat sini hari ini.

Ulasan: Tidak pelik kerana demikianlah dilakukan oleh parti-parti yang mengejar keajayaan cuma untuk berkuasa di dunia saja.

Liga Arab gesa masyarakat dunia tekan Israel


Kapal cruise Turki Mavi Marmara, membawa aktivis pro-Palestin dan bantuan kemanusiaan ke Gaza berlepas dari pelabuhan Sarayburnu di Istanbul pada 22 Mei, 2010. Kapal itu yang ditaja oleh kumpulan  Turki dan kumpulan hak asasi manusia pro-Palestin, Yayasan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan serta Bantuan Kemanusiaan (IHH) akan menyertai gerakan antarabangsa bagi menggesa Israel menarik balik sekatan di Genting Gaza. - REUTERS 

KAHERAH 25 Mei - Liga Arab menggesa masyarakat antarabangsa dan kuasa besar dunia agar meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya negara Yahudi itu membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza dan menarik balik sekatan di wilayah itu.

Masyarakat antarabangsa, pertubuhan hak asasi manusia dan kuasa besar perlu bersatu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan di hantar ke Gaza dan sekatan ke atas penduduk Palestin ditarik balik, menurut Perkhidmatan Akhbar Algeria yang memetik Timbalan Setiausaha Agung Liga Arab, Mohamed Sbih sebagai berkata.

Kumpulan persendirian Arab dan Barat dari 60 negara telah melancarkan kempen besar-besaran untuk penduduk Palestin di Gaza dengan menghantar sembilan kapal yang digelar 'Kafilah Kapal-Kapal Freedom '.

Penghantaran yang dijangka tiba Jumaat ini di Genting Gaza itu adalah sebagai usaha menghentikan sekatan di wilayah itu dan bagi membolehkan penghantaran bantuan makanan.

Kumpulan itu membawa 700 orang termasuk Ahli Parlimen, ahli politik dan beberapa pegawai serta 10,000 tan ubat-ubatan, bahan-bahan binaan, kerusi roda elektrik, kayu dan kira-kira beratus-ratus rumah pasang siap untuk beribu-ribu penduduk Palestin yang kehilangan rumah akibat serangan Israel pada 2009.

Israel mengancam untuk menghalang penghantaran yang mendapat liputan meluas media itu daripada berlabuh di Gaza, di mana 1.7 juta rakyat Palestin dikepung selama tiga tahun.

Mohamed berkata, sekatan Israel ke atas Gaza tidak akan ditarik balik tanpa usaha bersungguh-sungguh masyarakat antarabangsa, terutamanya AS dan Kesatuan Eropah (EU).

Liga Arab turut menggesa Eropah untuk mengambil kedudukan yang jelas dalam pembinaan keamanan di rantau itu. – Bernama

Ulasan: Bantulah saudaramu yang zalimi oleh penjajah Israel tanpa henti sejak 1948. Mana OIC?

Beri kuasa kepada negeri atasi jenayah

Harakahdaily

KOTA BHARU, 25 Mei: Kerajaan negeri tidak berkuasa mengatasi persoalan jenayah yang kian berleluasa kini kerana kuasa pemerintahan khususnya membabitkan perundangan termasuk undang-undang syariah adalah dikuasai Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan menggesa Kerajaan Persekutuan menggunakan peruntukan Perlembagaan 76A dengan memberikan kuasa kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan undang-undang termasuk undang-undang syariah.

Katanya, kerajaan negeri hanya melaksanakan pentadbiran negeri kerana kuasa ‘pemerintahan’ khususnya membabitkan perundangan termasuk undang-undang syariah adalah dikuasai Kerajaan Persekutuan.

“Sementara Kelantan adalah satu unit dari federal yang mengamalkan konsep federalisma,” katanya kepada media pada Majlis Penutup Bengkel Videografi anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kemahiran Negeri Kelantan (Kesdec) di Darul Digital di sini petang semalam. Turut hadir ialah Pengarah Kesdec, Zailani May.

Beliau yang juga Pengerusi Darul Digital yakin dengan kuasa diberikan kepada kerajaan negeri, maka kejadian jenayah dan gejala sosial khususnya membabitkan remaja akan dapat diatasi.

“Kita di Kelantan tidak boleh memerintah secara Islam, kita hanya mentadbir negeri, itu saja. Ini kerana pemerintahan tetap dikuasai Pusat lantaran Kelantan satu unit daripada federal,” ujarnya.

Jelasnya,Islam menegaskan bahawa sekiranya hendak menghapuskan kejadian jenayah, maka undang-undang jenayah mesti dilaksanakan.

“Namun ianya tidak boleh dilaksanakan walau pun kita dikatakan kerajaan negeri lantaran kerajaan negeri tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah Kerajaan Pusat.

“Dari sudut undang-undang, kita tidak boleh mengatasi persoalan jenayah termasuk jenayah syariah, kecuali Kerajaan Persekutuan, dengan menggunakan peruntukan Perlembagaan 76A; memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan undang-undang syariah, maka dengan itu barulah kerajaan negeri mempunyai kuasa.

Dengan, itu, katanya adalah diyakini dengan itu bahawa kerajaan negeri akan dapat mengatasi kejadian jenayah termasuk gejala social.

 

Exco kecewa Kelantan juara tidak bermoral

KOTA BHARU 25 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar dukacita kerana Kelantan menjadi 'juara' dalam pelbagai perkara yang tidak bermoral.

Beliau menyifatkan gejala itu memperlihatkan gambaran masyarakat negeri ini masih jahil dan jauh daripada kehidupan beragama di sebalik status negeri yang mengeluarkan ramai ulama.

"Sungguh mendukacitakan dalam negeri ini yang merupakan tempat lahirnya ramai ulama dan tempat berkembangnya institusi pondok, kita juga menjadi juara dalam pelbagai perkara tidak bermoral.

"Apa yang masyhur semuanya di sini. Yang tinggi (jumlah penghidap) HIV nombor satu pun di sini, yang ulama pun di sini, pelik sungguh," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan majlis Taklimat Kesedaran Keganasan Rumah Tangga dan HIV/AIDS di Dewan Besar, Balai Islam Lundang di sini hari ini…

Ulasan: Kerajaan negeri Kelantan hanya bertugas mentadbir negeri tetapi tidak berkuasa mengatasi persoalan jenayah dan sosial yang kian berleluasa kini kerana kuasa pemerintahan khususnya membabitkan perundangan termasuk undang-undang syariah adalah dikuasai Kerajaan Persekutuan BN/UMNO.

Jangan henti lakukan pembaharuan - Pak Lah

KUALA LUMPUR 25 Mei - Pemimpin-pemimpin negara tidak harus berhenti membawa perubahan walaupun dikecam hebat oleh pelbagai pihak kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan, kata Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas Perdana Menteri Kelima itu memberitahu, kecaman dan pelbagai persepsi buruk akan terus dilontarkan kepada pemimpin dan agensi-agensi kerajaan walaupun pelbagai pembaharuan dilaksanakan untuk memperbaiki keadaan.

''Usaha melaksanakan pembaharuan dan pelbagai lagi penambahbaikan harus terus dilaksanakan kerana jika dihentikan bermakna kita mengalah kepada kecaman dan persepsi buruk yang diberikan, oleh itu perkara yang paling baik ialah melaksanakannya sehingga berjaya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk Integriti: Satu Perkongsian Pengalaman di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini…

Ulasan: Tapi kenapa dulu perkenalkan Islam Hadhari. Buatlah apa saja keecuali menderhaka kepada Allah SWT. 

Penjual AP pengkhianat

PETALING JAYA 25 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan usahawan automotif bumiputera yang menjual permit import (AP) kereta sebagai pengkhianat kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sambil membidas golongan itu, Dr. Mahathir menegaskan, jika mereka tidak melakukan pengkhianatan dan meneruskan perniagaan secara jujur, usahawan terbabit pastinya akan melakar kejayaan yang lebih besar.

"Ada orang yang telah diberikan peluang namun menjual AP mereka, tetapi Aiman Motor (Sdn. Bhd.) adalah contoh bagaimana tanpa menjual AP, orang Melayu masih boleh berjaya dalam perniagaan automotif.

"Sesiapa yang menjual AP adalah pengkhianat kepada DEB yang sebenarnya digubal untuk membantu mereka.

"Mereka melakukan perbuatan buruk terhadap polisi nasional sedangkan jika meneruskan perniagaan secara teratur, mereka boleh meraih keuntungan yang lebih besar berbanding sekadar menjual AP," katanya…

Ulasan: Demikianlah perangai kebanyakan UMNOputera yang mendapat layanan khas kerajaan BN/UMNO. Orang makin hebat berniaga kereta, kita hanya sibuk jual AP kurniaan.

Siapa tokoh korporat taja Raja Petra?

KUALA LUMPUR 25 Mei – Pihak berkuasa digesa mendedahkan individu yang menaja kehidupan pengendali portal berita antikerajaan Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom (UK) untuk pengetahuan rakyat negara ini.

Bekas Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, ia kerana selain berurusan secara terus dengan pemimpin pembangkang tertentu, Raja Petra disyaki mempunyai hubungan dengan beberapa tokoh korporat yang pernah mendapat pelbagai faedah perniagaan daripada kerajaan sebelum ini.

Katanya, perbuatan tokoh korporat terbabit merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat kerana faedah perniagaan yang dinikmati mereka selama ini turut disumbangkan oleh dana awam membabitkan pembayaran cukai oleh rakyat.

“Difahamkan ada juga tokoh korporat tertentu turut membantu Raja Petra, dulu kita tidak jangka mereka terlibat kerana telah mendapat pelbagai faedah perniagaan daripada kerajaan, saya yakin pasukan keselamatan mempunyai maklumat mengenai penglibatan mereka.

“Perbuatan bersekongkol dengan Raja Petra adalah perkara yang serius kerana dia terlibat secara langsung menyerang negara dan kepimpinan tertinggi kerajaan,” katanya sewaktu dihubungi, di sini hari ini…

Ulasan: Kenapa mesti pertahankan kerajaan yang tidak telus, tidak adil dan amalkan rasuah?

Penyelesaian isu tanah KTMB mesti telus

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyelesaian isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berkata, kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan.

“Kita hargai kepentingan hubungan antara kedua negara ini terutamanya menyangkuti bidang ekonomi dan pelaburan serta usaha berterusan bagi menyelesaikan isu berbangkit.

“Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam,” ujarnya.

Katanya, penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “penyelesaian muktamad” agak mengejutkan kerana setahu beliau beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan bijak serta teliti.

Menurutnya, kenyataan bersama Datuk Seri Najib Razak kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara; Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan.

“Kita gusar kerana persefahaman yang dipersetujui YAB Perdana Menteri itu dibuat serta diumumkan dengan tergesa-gesa tanpa memberi maklumat terperinci sedangkan persoalan ini membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ini bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri dan kerajaan sebelum ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sungguhpun dinyatakan tanah-tanah tersebut akan diamanahkan kepada sebuah syarikat yang bernama M-S Pte Ltd di mana Khazanah memiliki 60% dari kepentingannya, namun dari kenyataan tersebut terdapat kemungkinan besar kepentingan-kepentingan terbabit akan ditukarkan dengan tanah di kawasan yang lain.

“Kita curiga nilai tanah yang ditukarkan itu; sama ada di Marina South dan/atau Ophor Rochir, tidak menandingi nilai tanah milik KTMB itu. Apa yang lebih membimbangkan pembabitan Khazanah hanyalah sebagai alasan untuk meletakkan kepentingan syarikat kroni.

“Kita tuntas mempersoalkan kebijaksanaan keputusan Kerajaan Malaysia kerana sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti pastinya tidak berupaya menjana kegiatan ekonomi domestik,” katanya yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mempersoalkan berapa ramaikan para pengusaha, kontraktor mahupun pembekal Malaysia yang bakal terlibat dengan pembangunan usahasama Syarikat M-S Pte Ltd itu.

Anwar juga menggesa pentadbiran Najib untuk segera menjelaskan secara terperinci maksud sebenar bahawa points of agreement (POA) di antara Kerajaan Singapura dan Malaysia boleh ditambahkan dengan terma serta syarat baru kononnya untuk memaksimumkan potensi tanah-tanah tersebut di negara jiran itu.

Beliau juga mahukan penjelasan sama ada Najib menggunakan POA 1990 yang digariskan Tun Daim Zainuddin, menteri kewangan ketika itu sedangkan ianya tidak mendapat persetujuan Kabinet.

Selain itu, katanya kerajaan sewajarnya menjelaskan apakah kedudukan sebenar isu air serta wujudnya penyemakan semula harga air mentah yang kita bekalkan kepada Singapura.

“Kita menggesa Datuk Seri Najib untuk membentangkan kertas laporan di sidang parlimen pada bulan Jun ini,” katanya lagi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26762:penyelesaian-isu-tanah-ktmb-mesti-telus&catid=1:utama&Itemid=50

Ulasan: Rakyat sering digula-gulakan dengan kata pemimpin negara bahawa kita menang dalam situasi menang-menang. Betulkan sedemikian? Atau kalah lagi seperti kes Pulau Batu Puteh? 

The Simplicity of the Israeli-Palestinian Conflict

by Jeremy R. Hammond
May 25, 2010

This article was originally published at the Palestine Chronicle.

There is a general perception that the reason the Israeli-Palestinian conflict has continued for so long is because it is extremely complex. Nothing could be further from the truth. Placed in historical context, understanding the root cause of the conflict is simple, and in doing so, the solution becomes apparent.

During the late 1800s, a movement known as Zionism arose to establish a Jewish state in Palestine, then a territory under the Ottoman Empire. As a result of World War I, the Ottoman Empire was dissolved and Great Britain and France conspired to divide the territorial spoils of war between themselves. The British became the occupying power of Palestine. The League of Nations issued a mandate effectively recognizing Great Britain as such.

During the war, the British had promised the Arab nations their independence in return for their cooperation in helping to defeat the Ottoman Turks. At the same time, the British declared its support for the goal of Zionism of establishing a “national home” for the Jewish people and permitted Jewish immigration into Palestine.

The Zionist aims did not sit well with the majority Arab inhabitants of Palestine. The Arab states proposed that the independence of Palestine be recognized and a democratic government established that would include representatives of the Jewish minority. But this solution was rejected by both the Zionists and the British, whose respective leadership recognized that the Zionist project could not be carried out except by force of arms.

As Jewish immigration continued and Arabs were displaced from their land, violent clashes between the two communities began to erupt. In 1921, for instance, Arabs rioted and attacked Jewish communities, and in 1929, Arabs massacred Jews in Hebron.

Zionist terrorist organizations targeted not only Arabs, but the British as well, such as the bombing of the King David Hotel in 1946. That attack was carried out by the Irgun, whose leader, Menachem Begin, would later become prime minister of Israel.

Following World War II, the British, unable to reconcile its conflicting policies and commitments, requested that the newly formed United Nations take up the matter. This resulted in the creation of the U.N. Special Commission on Palestine. The members of the commission, which included no representatives from any Arab state, explicitly rejected the right to self-determination of the population. Although the Arab states reiterated their proposed democratic solution, it was again rejected. The commission instead recommended dividing Palestine in two.

Under their partition plan, more than half of the territory would go to the minority Jews, who owned just seven percent of the land (while 85 percent was owned by Arabs). The General Assembly passed a resolution in 1947 recommending that the commission’s partition plan be implemented. Naturally, the Arabs rejected the plan.

Contrary to popular myth, Israel was not created by the U.N. Israel was born on May 14, 1948, when the Zionist leadership unilaterally declared its existence. The neighboring Arab states took up arms against the newly declared state in the war known to Israelis as the “War of Independence” and to the Arabs as the “Nakba”, or “Catastrophe”. During the war, 700,000 Arabs were either driven from their homes or fled out of fear of further massacres such as had occurred at the village of Deir Yassin shortly prior to the Zionist declaration.

This ethnic cleansing of Israel is the root cause of the Palestinian refugee problem one hears so much about today. Although their right of return is guaranteed under international law, Israel has refused to allow those who fled and their descendents to return to what is rightfully their own land. This is also the reason why Palestinians today do not recognize that Israel has a “right to exist”.

Another watershed event occurred in June of 1967, when Israel launched a surprise attack against Egypt (then the United Arab Republic). Such was the superiority of the Israeli force of arms that the war lasted only six days, during which Israel invaded and occupied the Palestinian territories of the West Bank and the Gaza Strip.

As a result of the war, the U.N. Security Council passed resolution 242, which emphasized the inadmissibility of the acquisition of territory by war and called on Israel to withdraw from the territories it had occupied.

Today, the West Bank remains under Israeli occupation. Israel continues to bulldoze Palestinian homes and construct Jewish settlements in violation of international law and numerous U.N. resolutions.

As for Gaza, Israel withdrew in 2005, but has since placed it under siege, permitting in only enough aid to prevent a full-scale humanitarian catastrophe, while keeping Gazans perpetually in a state of misery and despair.

Then, on December 27, 2008, Israel launched a full-scale military attack against Gaza dubbed Operation Cast Lead, during which the Israeli military rained down death and destruction upon the defenseless civilian population and infrastructure of Gaza.

The reason why this state of affairs can continue is simple. It is because the United States unconditionally supports Israel. An illuminating example was the announcement early in the Obama administration that if Israel did not end settlement activity, it would suffer no consequences. U.S. support would continue regardless. That message was understood perfectly well by the Netanyahu government in Israel.

U.S. policy must be understood and judged by deeds and not rhetoric. The fact of the matter is that the U.S. supports Israeli violations of international law financially ($3 billion plus annually), militarily (U.S. made F-16 jets, Apache helicopter gunships, and white phosphorus munitions were used during Operation Cast Lead, for instance), and diplomatically (such as the U.S. use of the veto in the U.N. Security Council).

The most practical and equitable solution to the conflict has been recognized for decades. There is an international consensus on a two-state solution that has long been accepted by the Palestinian side. The reason this solution has not been implemented is also perfectly simple. It is because the Israeli and U.S. policies of rejectionism prevent it from happening.

Israeli policy will continue so long as it has U.S. backing. U.S. policy will continue so long as the American people permit it to.

A just and lasting peace in the Middle East is possible. It’s simple. There is a choice.

http://www.foreignpolicyjournal.com/2010/05/25/the-simplicity-of-the-israeli-palestinian-conflict/

Comment: Such a great nation, wrongly supported the occupier, Israel. The Palestinians are HUMAN too, dear American people.

We will resist Israel’s attempts to stop us

Written by Free Gaza Team | 25 May 2010 

(Hearklin, Crete, Tuesday, May 25, 2010) As Israel continues to insist it will stop the seven-ship international Freedom Flotilla, two more ships departed from Greece to Gaza today.

A 2000 ton cargo ship and fifty-person passenger ship owned by the European Campaign Against the Siege of Gaza, and Swedish/Greek Ship to Gaza campaigns left Athens to meet the Freedom Flotilla in international waters.

They follow hot on the trail of the cargo ships of Insani Yardim Vakafi (IHH’s) and Free Gaza’s MV Rachel Corrie. IHH’s remaining 1100 capacity passenger ship and cargo ship are to sail shortly from Turkey.

In Crete, the Free Gaza Movement is readying its two passenger boats for their imminent departure. ‘Al Samoud’ (The Steadfast’) and ‘Al Haya’ (The Ship of Life) were named by children from schools in occupied Gaza and Jerusalem.

Reports coming from the Israeli Navy say they will jam the flotilla’s signals and communications, isolating those on board the ships, and barring the world from witnessing what could become a confrontation or prolonged naval stand-off.

The strategy of the Freedom Flotilla, however, is to resist any attempts by the Israeli Navy to hijack its ships or to divide cargo ships from passenger vessels.

“The message from Israel is clear: ‘We will stop you. And no-one can prevent us from stopping you.’ said Free Gaza chair, Huwaida Arraf.

“However, we will non-violently resist Israeli attempts to seize our boats. Thousands of people have contributed to making this flotilla a reality, and the people of Gaza are expecting us.

“We will not allow our flotilla to be divided. We will stay with our cargo ships – they are the core of the flotilla carrying essential construction materials denied entry into Gaza – cement, steel, and houses. This action is not a symbolic gesture but a concrete intervention to allow the people of Gaza to rebuild their lives with dignity’, emphasized passenger, Aengus O’Snodaigh, TD Sinn Féin party, Ireland

Ewa Jasiewicz added, "We are not breaking the law, we are upholding it. We are acting out of necessity to prevent a greater crime from taking place – the collective punishment of 1.5 million people imprisoned in Gaza. The international community is complicit in this collective punishment and must break its silence. Respect for international law is not optional, it is obligatory.

Contacts
Crete Free Gaza Movement 0030 698 377 6683
Cyprus Free Gaza Movement 00 357 99 18 72 78 or 00 357 96 48 98 05

http://www.freegaza.org/en/home/press-releases/1173-we-will-resist-israels-attempts-to-stop-us

Tuesday, May 25, 2010

Apakah Najib tiada 'setitis iman' ketika lulus lesen judi?

Tok Pepijat  

Sejak isu judi bola heboh seluruh negara, kita dapat melihat "wajah sebenar" politikus-politikus yang mewarnai negara.

Wajah sebenar Umno terserlah dengan "kemunafikan melampau" oleh PM, Najib yang meluluskan lesen judi tersebut.

Wajah dan jawapan selamba Najib tentang perbuatannya meluluskan judi itu begitu "buruk lagi hodoh" sebagai pemimpin parti "Islam Terbesar Dunia" dan sebagai pemimpin Negara Islam.

Adakah Najib begitu "bertaqwa" menjawab ," Kita tidak akan bincang mengenainya (judi bola),"apabila disoal wartawan.

Adakah Najib dalam "keadaan beriman" ketika meluluskan lesen judi bola kepada Vincent Tan?

Kita melihat ramainya pimpinan Umno menyokong secara "berlapik dan berbelit" tentang kelulusan judi ini. Antaranya MP Kota Belud, Khir Toyo, Zamry Kadir dan beberapa MP lainnya. Juga tidak ketinggalan Presiden PERKASA.

Alasan mereka begitu mudah. Antaranya untuk elakkan "Judi haram" dan negeri PR juga ada judi.

Kita juga melihat begitu bersungguh-sungguh PDRM menerusi mulut Bakri Zinin untuk memastikan rakyat Malaysia hanya berjudi dengan Ascot Berhad sahaja. Berapa RM Vincent bagi Bakri atas ikrarnya itu. Bolehlah ganti Tun Hanif Omar sebagai Pengerusi Berjaya selepas pencen nanti!

Setakat ini tiada suara kedengaran dari Majlis Fatwa Kebangsaan tentang perbuatan jijik Najib ini. Mufti-mufti juga agak takut bersuara. Hanya Mufti Perak bersuara. Itupun agak sentimental dan "romantik".

Barangkali elok Zaid Ibrahim buat road show untuk umumkan senarai peminum arak dan juga kaki judi dari kalangan pimpinan atasan Umno.

Tentu Muhyiddin Yasin bersetuju dengan cadangan ini !

Juga semasa Majlis Musabaqah Al Quran nanti, para qari pakat baca ayat-ayat tentang arak dan judi untuk halwa perdengaran Najib.

Najib akan insaf jika dia ada "dua telinga" dan lidah tidak bercabang!
harakahdaily