Wednesday, May 26, 2010

Exco kecewa Kelantan juara tidak bermoral

KOTA BHARU 25 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar dukacita kerana Kelantan menjadi 'juara' dalam pelbagai perkara yang tidak bermoral.

Beliau menyifatkan gejala itu memperlihatkan gambaran masyarakat negeri ini masih jahil dan jauh daripada kehidupan beragama di sebalik status negeri yang mengeluarkan ramai ulama.

"Sungguh mendukacitakan dalam negeri ini yang merupakan tempat lahirnya ramai ulama dan tempat berkembangnya institusi pondok, kita juga menjadi juara dalam pelbagai perkara tidak bermoral.

"Apa yang masyhur semuanya di sini. Yang tinggi (jumlah penghidap) HIV nombor satu pun di sini, yang ulama pun di sini, pelik sungguh," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan majlis Taklimat Kesedaran Keganasan Rumah Tangga dan HIV/AIDS di Dewan Besar, Balai Islam Lundang di sini hari ini…

Ulasan: Kerajaan negeri Kelantan hanya bertugas mentadbir negeri tetapi tidak berkuasa mengatasi persoalan jenayah dan sosial yang kian berleluasa kini kerana kuasa pemerintahan khususnya membabitkan perundangan termasuk undang-undang syariah adalah dikuasai Kerajaan Persekutuan BN/UMNO.

No comments: