UMNO MENGHALALKAN YANG HARAM
Selama ini UMNO menafikan tuduhan PAS bahawa mereka menolak Islam sebagai dasar perjuangan. Bukti-bukti yang diberikan termasuklah keengganan UMNO melaksanakan undang-undang Islam seperti hudud dan qisas. Ada kalanya perkara itu diperlekehkan oleh UMNO hingga sanggup mengecapnya sebagai zalim kerana nantinya ramailah orang yang kena potong tangan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika mereka menghalalkan perkara yang haram. Judi bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sudah dihalalkan oleh UMNO. Banyak pihak termasuk mufti dan Pakatan Rakyat membantah tindakan tersebut dilaksanakan. Namun, bagi UMNO keuntungan dari judilah yang lebih penting daripada persubahatan mereka terhadapnya.
Dengan tindakan itu, maka terang dan jelaslah UMNO mengenepikan ajaran Islam demi kepentingan material. Negara mengaut pendapatan daripada wang haram. UMNO tidak ambil peduli halal dan haram lagi. UMNO tidak ambil kisah dosa dan pahala lagi. UMNO mempersetankan cakap sesiapa sahaja dalam hal ini.
Kata orang, berani buat berani tanggung. Melanggar larangan Allah ada balasan buruknya. UMNO terpaksalah menunggu bentuk balasan yang akan diturunkan-Nya. Sama-samalah kita tunggu!!!
http://bilahrotan.blogspot.com/2010/05/umno-menghalalkan-yang-haram.html
No comments:
Post a Comment