PUTRAJAYA 20 Mei - Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah akan mengkaji prosedur yang digunakan oleh negara-negara lain berkaitan penggunaan senjata api oleh pihak polis.
Ini sebagai langkah penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) mengenai penggunaan senjata.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, antara kajian yang akan dibuat ialah membandingkan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh Australia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
''Kita akan buat kajian dan perbandingan dengan negara-negara lain tentang SOP mereka dengan SOP negara kita dan dari situ kita akan buat penambahbaikan," katanya…
Ulasan: Berikan KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID. Jangan tembak rakyat tanpa rujuk ISO. (Pada 26 April lalu, Aminulrasyid maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda di Seksyen 11, Shah Alam).
No comments:
Post a Comment