MANILA 11 Mei - Isteri dan anak kepada diktator Ferdinand Marcos yang digulingkan, dilihat bersedia untuk kembali berkuasa di Kongres dan wilayah tempat tinggal mereka, demikian menurut keputusan awal pilihan raya yang dikeluarkan hari ini.
Dengan kira-kira 80 peratus undi yang diterima semasa hari pengundian semalam, bekas wanita pertama Imelda Marcos, anak lelaki tunggalnya Ferdinand Jr. dan anak perempuannya Imee, kemungkinan besar akan memenangi kerusi masing-masing.
Menurut keputusan awal, Imelda, 80, dilihat bakal mendapat satu kerusi di Dewan Perwakilan; Ferdinand Jnr, 52, kerusi di Senat dan Imee, 56, mungkin dilantik sebagai Gabenor wilayah Ilocos Norte….
Ulasan: Tak cukupkah wang negara dilarikan oleh Marcos dulu. Rakyat wajar dididik supaya memilih pemimpin yang bermaruah, amanah, telus, adil dan tidak mengamalkan rasuah.
No comments:
Post a Comment