Wednesday, May 26, 2010

Siapa tokoh korporat taja Raja Petra?

KUALA LUMPUR 25 Mei – Pihak berkuasa digesa mendedahkan individu yang menaja kehidupan pengendali portal berita antikerajaan Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom (UK) untuk pengetahuan rakyat negara ini.

Bekas Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, ia kerana selain berurusan secara terus dengan pemimpin pembangkang tertentu, Raja Petra disyaki mempunyai hubungan dengan beberapa tokoh korporat yang pernah mendapat pelbagai faedah perniagaan daripada kerajaan sebelum ini.

Katanya, perbuatan tokoh korporat terbabit merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat kerana faedah perniagaan yang dinikmati mereka selama ini turut disumbangkan oleh dana awam membabitkan pembayaran cukai oleh rakyat.

“Difahamkan ada juga tokoh korporat tertentu turut membantu Raja Petra, dulu kita tidak jangka mereka terlibat kerana telah mendapat pelbagai faedah perniagaan daripada kerajaan, saya yakin pasukan keselamatan mempunyai maklumat mengenai penglibatan mereka.

“Perbuatan bersekongkol dengan Raja Petra adalah perkara yang serius kerana dia terlibat secara langsung menyerang negara dan kepimpinan tertinggi kerajaan,” katanya sewaktu dihubungi, di sini hari ini…

Ulasan: Kenapa mesti pertahankan kerajaan yang tidak telus, tidak adil dan amalkan rasuah?

No comments: