Thursday, May 20, 2010

Afrika Selatan bersih bandar menjelang Piala Dunia 2010

Afrika Selatan bersih bandar menjelang Piala Dunia 2010

DURBAN, Afrika Selatan 19 Mei - Menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia yang semakin hampir, pihak berkuasa di bandar-bandar utama di negara tuan rumah mengumpulkan pengemis, kanak-kanak jalanan dan pelacur dalam usaha membersihkan imej kawasan bandar. 

Sebagai kuasa ekonomi terbesar di benua ini, jalan-jalan di Afrika Selatan dipenuhi pengemis pendatang asing yang melihat negara ini sebagai penyelesaian untuk mereka keluar daripada kemiskinan.

Dalam tempoh dua bulan lalu, polis di Johannesburg telah menahan pengemis, kebanyakan mereka rakyat Zimbabwe yang memenuhi jalan-jalan sibuk di bandar raya itu dan wanita-wanita bersama bayi di persimpangan jalan, sekali gus mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi manusia.

"Kewujudan mereka melanggar undang-undang bandar raya ini. Dalam kebanyakan kes, seperti wanita dengan kanak-kanak serta orang kurang upaya, mereka akan dihantar ke tempat yang selamat, di mana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan kebajikan.

"Ini adalah tugas biasa polis, cuma kali ini kami mempergiatkan usaha sempena kejohanan berprestij ini….

Ulasan: Pembangunan untuk siapa?

No comments: