PETALING JAYA 25 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan usahawan automotif bumiputera yang menjual permit import (AP) kereta sebagai pengkhianat kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sambil membidas golongan itu, Dr. Mahathir menegaskan, jika mereka tidak melakukan pengkhianatan dan meneruskan perniagaan secara jujur, usahawan terbabit pastinya akan melakar kejayaan yang lebih besar.
"Ada orang yang telah diberikan peluang namun menjual AP mereka, tetapi Aiman Motor (Sdn. Bhd.) adalah contoh bagaimana tanpa menjual AP, orang Melayu masih boleh berjaya dalam perniagaan automotif.
"Sesiapa yang menjual AP adalah pengkhianat kepada DEB yang sebenarnya digubal untuk membantu mereka.
"Mereka melakukan perbuatan buruk terhadap polisi nasional sedangkan jika meneruskan perniagaan secara teratur, mereka boleh meraih keuntungan yang lebih besar berbanding sekadar menjual AP," katanya…
Ulasan: Demikianlah perangai kebanyakan UMNOputera yang mendapat layanan khas kerajaan BN/UMNO. Orang makin hebat berniaga kereta, kita hanya sibuk jual AP kurniaan.
No comments:
Post a Comment