PUTRAJAYA 17 Mei - Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan janji-janji yang telah diumumkan oleh kerajaan kepada rakyat semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya itu sebagai satu titik penamat terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, dirinya sendiri atau mana-mana pemimpin BN sebelum ini akan ditunaikan.
''Sebahagian telah pun ditunaikan sama ada ia melibatkan masyarakat Iban, Melayu, Melanau, bumiputera atau Cina. Dan sama ada muslim atau Kristian dan sebagainya, itu kita tidak membeza-bezakan.
''Mana yang kita sudah janji kita akan terus tunaikan. Kita tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan kali Kedua di sini hari ini…
Ulasan: Ditunaikan dengan duit rakyat juga. Tetapi merasuah pengundi itu satu kesalahan dalam Akta Pilihan Raya,tetapi mengapa SPR double standard melaksananya akta itu? Tidak mungkin SPR berana mendakwa PM kerana melanggar Akta Pilihan Raya.
No comments:
Post a Comment