PUTRAJAYA 20 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhak menyoal siasat saksi tanpa batas waktu kerana amalan yang dipraktikkan itu tidak bercanggah dengan undang-undang.
Demikian keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan hari ini semasa menolak rayuan akhir Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah, 40, setelah dia gagal mencabar hak agensi berkenaan di sisi Perlembagaan.
Mahkamah tertinggi negara itu membuat ketetapan tersebut setelah mendapati Seksyen 30(1) dan 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 jika dibaca bersama jelas menyatakan bahawa tiada tempoh masa ditetapkan bagi agensi itu menjalankan siasatan.
Sehubungan itu, frasa 'hari ke hari' yang terkandung dalam akta tersebut setelah diteliti tidak langsung menyebut siasatan terhad pada waktu pejabat semata-mata kerana ia boleh dilanjutkan mengikut keperluan.
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdull Hamid Embong dan Hakim Datuk Heliliah Mohd. Yusof turut mengarahkan Boon Wah membayar kos RM20,000 kepada SPRM….
Ulasan: Minta jauh dari SPRM jadi tempat bunuh diri apabila siasatan dan kadang-kadang kena siat dan melibatkan masa yang panjang dan tak menentu.
No comments:
Post a Comment