Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Latheefa Koya (gambar) menegaskan parti itu membantah keras cadangan kerajaan BN untuk menghalalkan judi pertaruhan sukan.
Perkara itu telah dibangkitkan di parlimen oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Beliau mencadangkan bahawa rancangan itu boleh dilaksanakan sebelum tibanya musim mengaut keuntungan dalam Piala Dunia 2010 yang akan bermula bulan hadapan.
Menurut Latheefa, meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long.
Katanya, kerajaan BN tidak menghiraukan fakta bahawa golongan miskin dalam masyarakat akan menerima kesan buruk akibat pelaksanaan dasar judi itu.
Tambahnya, biarpun perjudian merupakan tabiat yang wujud pada setiap peringkat golongan masyarakat, namun ia memberi kesan besar terhadap golongan berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak boleh kalah dalam perjudian mereka untuk cepat kaya.
Jelasnya lagi, kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golonganyang kaya.
Beliau menambah, tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram, malah ia akan memperbanyakkan lagi pembuat pertaruhan haram dan 'jerung' ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.
“Cubaan tidak masuk akal Awang Adek untuk meluluskan rancangan ini sebelum Piala Dunia menunjukkan betapa rakusnya BN untuk mengeruk duit rakyat,” katanya.
Katanya, warga Malaysia menyukai Piala Dunia dan sukan bola sepak umumnya.
Justeru, ujarnya menghalalkan perjudian akan hanya membawa lebih ramai orang ke dalam kancah kitaran ganas yang berakhir dengan kemiskinan dan ketagihan judi.
Lebih teruk lagi, katanya kerajaan BN bersekongkol dengan agensi perjudian yang tidak telus dalam urus niaga kewangan dan keuntungan mereka, berbanding dengan negara-negara lain yang mana terdapat perjudian terkawal.
“Cadangan ini hanyalah skim buat duit yang tidak bertanggungjawab dan dicadangkan oleh BN serta ianya merupakan permulaan yang berbahaya dan menghancurkan, ia perlu ditolak dengan serta-merta,” ujarnya lagi.
Ulasan: Utamakan kroni untuk ambil duit rakyat.
No comments:
Post a Comment