KUALA LUMPUR 19 Mei - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyeru negara-negara Islam mengembalikan kegemilangan zaman keusahawanan Islam demi kebaikan manusia sejagat.
Katanya, ketika dunia menghadapi cabaran ekonomi global kini, institusi perbankan dan sistem kewangan Islam dilihat sebagai alternatif terbaik bagi menggantikan model ekonomi tradisional.
Jelas beliau, setiap negara Islam di dunia mempunyai kekuatan ekonomi masing-masing dan ia perlu dieksploitasi secara berhemah dan bertanggungjawab.
''Negara-negara Islam kini mempunyai peluang yang amat baik untuk berkembang dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi masing-masing.
''Tetapi kita perlu mengatasi masalah yang menghalang aktiviti ekonomi sesama kita selama ini dengan mewujudkan sistem ekonomi yang menarik bukan sahaja buat umat Islam, tetapi bagi bukan Islam juga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat khas sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Keenam di sini hari ini...
Ulasan: Dengan bersama-sama amalkan Islam sebagaii cara hidup.
No comments:
Post a Comment