Friday, May 21, 2010

Perluaskan promosi Malaysia – Rosmah

KUALA LUMPUR 20 Mei - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengesyorkan supaya usaha mempromosikan keunikan cara hidup dan kebudayaan masyarakat majmuk di negara ini diperluaskan ke negara-negara yang masyarakatnya kurang mengenali Malaysia.

Beliau berkata, memang tidak dinafikan nama Malaysia dalam industri pelancongan kini semakin gah, tetapi masih terdapat beberapa negara kecil yang tidak mengenali Malaysia termasuk beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS).

Sebagai contoh jelasnya, baru-baru ini semasa melawat Washington DC, beliau mendapati ramai di kalangan warganya tidak tahu mengenai Malaysia, justeru industri pelancongan perlu lebih agresif dalam memperkenalkan negara ini di mata dunia…

Ulasan: Dengan tidak menghabiskan duit rakyat tanpa perlu. Iklan Rosmah dua muka dalam New York Times…gunakan duit rakyat? Promosi negara atau individu?

No comments: