PHNOM PENH 11 Mei - Persisiran pantai Kemboja akan musnah apabila kerajaannya terlibat dalam aktiviti mengorek pasir untuk dijual ke Singapura bagi tujuan penambakan.
Keuntungan berjuta dolar hasil jualan itu dipercayai menjadi milik beberapa jutawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri, kata pertubuhan pemerhati alam sekitar, Global Witness.
Kemboja yang merupakan sebuah negara miskin kini menjadi sumber utama pasir kepada Singapura untuk menambak dan membesarkan kawasan negara mereka setelah beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Vietnam mengharamkan aktiviti mengorek pasir bagi memelihara alam sekitar.
Saiz pembesaran Singapura telah meningkat hingga 20 peratus sejak sedekad lalu kerana aktiviti penambakan dengan memenuhkan dasar laut dengan pasir dan menjadikannya sebagai kawasan dermaga yang berharga….
Ulasan: Negara kaya menggunakan wang untuk mendapat apa sahaja dari negara miskin
hatta maruah. Semua bermula bila rasuah mencengkam negara.
No comments:
Post a Comment