Monday, May 17, 2010

Pemuda akan anjur perhimpunan besar BANTAH JUDI

http://syukran.wordpress.com  

Pagi ini saya berbincang melalui SMS dengan Ketua dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat berhubung pandangan ahli, penyokong dan rakan-rakan NGO yang mahukan satu lagi perhimpunan diadakan untuk membantah kelulusan lesen judi.

Secara dasarnya, Ust. Nasaruddin Tantawi dan Kamaruzaman bersetuju untuk mengadakan satu himpunan besar berkenaan isu ini. Himpunan kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan Pakatan dan NGO akan dijemput hadir bersama.

Kita akan menjemput semua pihak kerana isu ini melibatkan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita jelas menolak kelulusan judi ini walaupun alasan kelulusan diberikan adalah kerana kegagalan kerajaan membasmi perjudian Haram.

Kita juga menolak pandangan Kerajaan bahawa Judi ini hanya diharamkan kepada umat islam kerana mereka yang bukan Islam tidak boleh dijadikan korban untuk Kerajaan menghalakan judi ini. Mereka yang bukan islam juga menolak judi, jadi tiada sebab kerajaan perlu menghalalkan perkara yang haram ini.

Tarikh perhimpunan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. Oleh itu diminta pemuda PAS disemua negeri bersedia untuk turun beramai-ramai ke ibu negara bagi menyatakan bantahan kepada Kerajaan Malaysia.

Herman Samsudeen,
Pemangku Ketua DPP Wilayah Persekutuan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26599:-pemuda-akan-anjur-perhimpunan-besar-bantah-judi&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

No comments: