KUALA LUMPUR 13 Mei - CUEPACS hari ini meminta ahli politik, badan bukan kerajaan dan orang ramai supaya berhenti menghentam polis dan berlaku adil dengan mereka.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, sejak kebelakangan ini pelbagai pihak tidak henti-henti mengkritik polis berhubung insiden-insiden terpencil.
"Pihak-pihak tertentu mengambil peluang menanam kebencian terhadap polis walaupun sebenarnya mereka tidak sepatutnya dilayan sedemikian rupa.
''Sebahagian besar masa mereka melaksanakan tugas dengan amat baik tetapi jarang dihargai," katanya.
Beliau berharap rakyat Malaysia akan menahan diri daripada mengkritik secara tidak adil terhadap polis kerana ini akan menjatuhkan moral mereka. – Bernama
Ulasan: Once is too much. Tunggulah bila anak sendiri kena tembak oleh polis di luar syarat SOP. Waktu itu adakah kita akan berkata: Insiden terpencil?
No comments:
Post a Comment