RAUB 23 Mei - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi amaran tidak akan menjelaskan bayaran kepada kontraktor yang gagal membina rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mengikut spesifikasi dan syarat yang ditetapkan.
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan, pihaknya memandang serius kontraktor yang menyeleweng dan mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan amanah serta tanggungjawab sosial.
Katanya, pihaknya tidak akan bertolak-ansur dan tidak akan membayar kos membina rumah berkenaan kecuali mereka mematuhi syarat yang ditetapkan.
"Contohnya, jika mereka (kontraktor) membina rumah PPRT sebuah bilik sahaja sedangkan mengikut spesifikasi asal rumah berkenaan perlu ada tiga bilik.
''Sehingga kini belum ada laporan kontraktor yang menyeleweng ," katanya kepada pemberita selepas melawat projek PPRT Kampung Lepar dekat sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin, ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Datuk Abdul Moin Abd. Hamid….
Ulasan: Memang berdasarkan kontrak penyelewengan akan menyebabkan komtraktor tidak dibayar. Kalau kerajaan tegas macam itu dari dulu, tidaklah kontraktor berani membina rumah PPRT sebuah bilik sahaja sedangkan mengikut spesifikasi asal rumah berkenaan perlu ada tiga bilik. Lembaga Tender jangan makan rasuah dan ikutlah syor dari juruukur bahan berdasarkan keupayaan, pengalaman teknikal dan kewangan. Banyak masalah bermula bila orang politik BN/UMNO masuk campur.
No comments:
Post a Comment