Tuesday, May 18, 2010

Najib Cuba 'Beli Undi' Boleh Ke Penjara

Sibu: Najib Cuba 'Beli Undi' Boleh Ke Penjara -Karpal 
KL MEI 17 10: Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya kecil parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.

http://www.ibnuhasyim.com/

Ulasan: Kalaulah masyarakat negara kita mementingkan ketepatan (precision society) macam masyarakat Jepun, sudah tentu BN dan PM di tolak dalam pilihan raya umum yang terdekat iaitu PR13 kerana melanggar akta pilhan raya dengan merasuah pengundi. Atau kena ke mahkamah untuk dibicarakan.

Sila tengok tu sekali lagi semasa Najeeb berkempen mengumpan undi PRK Sibu
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.......... 

Komen beberapa forummer Traungkite
…Kalau mengikut undang undang malaysia dulu dulu.... pasti Najib akan hilang jawatan..... tapi kalau undang undang rimba... emmmm susah lah sikit.... kelebihan kepada beliau sebagai Peem.... emmm

…menteri di taiwan dulu dipenjarakan sebab cakap macam ni la. Cube lihat kenapa taiwan semakin ke depan tetap malaysia semakin ketinggalan.

No comments: