Friday, May 14, 2010

Tidak praktikal mansuh guna sub mesingan?

KUALA LUMPUR 13 Mei – Cadangan menarik balik penggunaan senjata api jenis sub mesingan oleh polis di tempat awam adalah tidak praktikal dan boleh meningkatkan ancaman keselamatan kepada negara.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, polis perlu dibenarkan terus menggunakan sub mesingan kerana terdapat penjenayah yang cenderung menggunakan senjata api canggih termasuk jenis M-16 dan ‘Styer’ sewaktu melakukan jenayah.

Beliau berkata, sekiranya cadangan ini diterima, bagaimana polis mahu menentang penjenayah yang canggih jika hanya dibenarkan membawa pistol atau cota semasa bertugas?

Ulasan: Gunakan apa-apa senjata yang di fikirkan sesuai tapi penggunaannya mesti ikut SOP.
Atau cuma bawa walkie talkie macam di UK dulu.

No comments: