Persetujuan antara dua parti itu dicapai lima hari selepas pilihan raya umum negara itu menyaksikan tiada sebarang pihak meraih majoriti, sekali gus menamatkan pemerintahan 13 tahun parti berhaluan tengah kiri Parti Buruh pimpinan Tony Blair dan penggantinya, Gordon Brown.
Cameron, 43, yang juga bekas eksekutif hal ehwal awam, mengambil alih jawatan Perdana Menteri beberapa jam selepas Brown mengaku kalah dalam usahanya mengadakan satu persetujuan dengan Parti Liberal Demokrat…
Ulasan: Di negara-negara MAJU, tukar kerajaan adalah NORMAL @ BIASA. Di negara-negara yang belum lagi MAJU, kerajaan yang ada sengaja memomokkan tukar kerajaan kerajaan adalah ABNORMAL @ LUAR BIASA kerana konon hanya merekalah sahaja yang pandai perintah negara. Oleh sebab mereka telah lama memerintah maka kerajaan pun menjadi tidak telus, kurang cekap, di lihat sebagai tidak adil dan juga negara di cengkam rasuah.
Untuk mendapatkan kerajan baru yang telus, cekap, adil dan bebas rasuah, rakyat mesti berani BERUBAH. Memang pun rakyat kena pilih kerajaan setiap 4 atau 5 tahun sekali. Jom kita pilih parti yang bersih yang prihatin kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment