Friday, May 21, 2010

'Tongkat' halang kejayaan Bumiputera- Pak Lah

'Tongkat' halang kejayaan - Abdullah

SHAH ALAM 20 Mei - Golongan bumiputera terutama orang Melayu diminta agar tidak terlalu bergantung kepada 'tongkat' atau bantuan kerana ia sebenarnya hanya menjadi penghalang kepada kepantasan mencapai kejayaan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, jika bumiputera terus dengan mentaliti mengharap dan bergantung kepada bantuan, mereka akan terus menjadi bangsa yang lemah.

"Saya rasa malu kalau ada bumiputera mengadu tidak mampu untuk berlari dan bersaing jika tidak ada tongkat. Ini mengecewakan. 

"Tetapi saya akan lebih kecewa sekiranya golongan ini yang berkemampuan yang ada 'know how' diketepikan atau ditinggalkan kerana yang ada 'know who' dijadikan pilihan," kata beliau…

Ulasan: UMNO telah merosakkan harga diri Umnoputera yang hanya pandai bisnes atas angin iatu hanya pandai dapatkan projek tapi jual kepada kontaraktor lain.

No comments: