KUALA LUMPUR 13 Mei - Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mendesak kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dalam urusan pembelian 38 unit komuter baru bernilai RM2 bilion dari China dan bukannya membuat rundingan terus.
Presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, pihaknya terpanggil untuk membuat desakan itu setelah mendengar khabar kerajaan akan membuat pembelian tersebut melalui rundingan terus.
Katanya, pihak kesatuan bukan berniat mencampuri urusan kerajaan tetapi berasakan rundingan terus tidak tepat kerana tidak meliputi aspek kajian yang mendalam dari segenap sudut.
"Pembelian melalui tender akan menjamin keperluan dan kehendak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan, pemilihan mengikut kualiti, jangka panjang dan spesifikasi teknikal dipenuhi mengikut piawaian antarabangsa," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Selain itu katanya, aspek jenama yang diakui di peringkat antarabangsa dan perpindahan teknologi khusus kepada pekerja juga perlu diberikan tumpuan.
Menurutnya, pihak kesatuan tidak mahu masalah yang berlaku pada Lokomotif Kelas 29 dari China berulang kerana penumpang akan menyalahkan pengurusan dan pekerja KTMB sebagai tidak cekap setiap kali berlaku masalah perkhidmatan.
Katanya, pengalaman KTMB melaksanakan kontrak kerajaan secara rundingan terus dalam pembelian set-set komuter, telah menimbulkan masalah sehingga melibatkan kerugian.
"Ini terbukti dengan pembelian Lokomotif Kelas 29 dan pemilihan syarikat Malaysian Korean Rail Corporation (MKRC) yang membaikpulih set-set komuter," katanya.
Sehubungan itu Abdul Razak menyarankan pihak KTMB diberi peranan mutlak untuk menilai keupayaan pengeluar atau pembekal agar pembelian komuter Electric Multiple Unit-EMU dan pembaikan EMU sedia ada menepati spesifikasi dan kehendak KTMB…
Ulasan: Cukuplah kena sekali. Sistem tender terbuka dapat mengelakkan rasuah yang biasanya ada dalam sistem runding terus. Itu pun kalau Lembaga Tender tidak bias dan tidak makan rasuah. Problem asas ialah bila rasuah membelit negara dan dilakukan oleh orang yg berkabel besar…
No comments:
Post a Comment